Bila Encik Hubby Berpoya-poya di Cambodia

Encik Hubby saya memang pekerja yang sangat bz... bz like a bee...
Sebab tu kalau dia dapat berehat wah memang betul2 berhibernasi (adako makna perkataan ni dalam kamus huk huk). So dipendekkan story, in very last minute my hubby kena pergi lawat colleague dia kat Cambodia. Sebab penyebab kalau tak salah, pasal team kat sana tak paham tengok design dari pelan boiler. What ever la. Kalau diikutkan my hubby pun kena gak keje kat negara-negara seperti Cambodia sebab projek banyak masuk dari negara seperti itu. Tapi anak 5 beb takkan lah kome nak uruskan sorang2. Lotih ar. Hu Hu. Biar melepas gaji dalam pound pun. Ada saya kesah. Ahaks.

So meh-meh kita layan reramai gambar kat Cambodia dari hp Encik Hubby saya ya.
Motip picture? Nak menunjukkan dalam kesibukkan trip yang pendek pesanan isteri kat rumah sebelum berlepas pergi masih kuat dalam ingatan Encik Hubby. "Jangan lupa ole-ole Cambodia untuk saya ya". Ho Ho (gelak Santa Clause)
Encik Hubby gi shopping ngan kengkawan dia yang memang dah bekerja di Cambodia bertahun lamanya. So banyak tempat dia dapat beli barang dengan harga murah (kawan dia ramai kenal peniaga kat Cambodia~dah jadi cam penduduk tempatan lak). Kena tekan habis-habis. Memang Encik Hubby senyum bangga cerita ngan saya barang yang berkualiti dan best tapi dapat dibeli dengan harga berpatutan.
Motip pic ni? Nak menunjukkan penduduk kat sini ramai yang suka menaiki motor. Cam dah jadi kenderaan rasmi mereka. Ada gak kereta. Dan ada gak tut tut (hasil dari modifikasi sebijik motor bertayar dua kepada tiga tayar)...huhu hebat..hebat :)

Negara Cambodia cam agak berhabuk sangat. Mungkin terlalu banyak pembinaan sedang dijalankan di tengah-tengah ibu kota. Kemiskinan juga antara punca Negara ini nampak kurang fasiliti dari segi perkhidmatan awam dan sosial. Hmmmm..
Cuti Hari Natal tidak ada di negara Cambodia mereka kerja seperti biasa. Dan kebanyakan sistem kerja di sini bermula seawal pukul 7 pagi dan berakhir 7 malam (12 jam tu). Berehat makan tengahari pukul 11 pagi dan makan malam pukul 5 petang. Cam lain sikit ngan sistem kerja kat malaysia.
Sesak sangat. Tak kira masa.
Ini adalah Villa tempat Encik Hubby dan kengkawannya tidur berehat :P
Ada dekorasi taman. Menarik kah? Oklah ada gak kan.
Katil...ha ha ha... no komen.
Antara pemandangan rupa rumah yang ada di Cambodia. Hmmm...
Ni kalau kat Malaysia, mesti team Bersamamu TV3 dah datang lawat.
Tapi di Cambodia terlalu ramai penduduknya hidup daif seperti ini. Rakan saya pernah menziarahi satu kampung di Cambodia yang mana rata-rata rumah disitu diperbuat dari plastik :(
Tapi ada gak penduduk Cambodia yang mampu hidup di rumah batu. Kebanyakan terletak di ibu kota sahaja. Tapi bilangannya agak terhad.
Antara kedai cenderamata yang sempat Encik Hubbhy terjah.
Ho Ho Ho siap ada papan iklan ini lagi. Kat Malaysia ada tak. Habaq mai.
Dedet singgah tapi tak beli. Hampeh betul. Design takleh lawan Habib Jewels ya Dedet. Kemut arr...HahAha
Motip gambar ni? Nak tunjuk Encik Hubby naik tut tut sambil amik gambar. Ahaks.
Cambodia antara jiran yang paling hampir dengan Malaysia. Tetapi perkembangan dari segi pembangunan dan segalanya sememangnya nampak jauh perbezaan. Seronok dapat melihat negara orang sekali-sekala. Banyak iktibar dan boleh bermuhasabah diri, bersyukur dengan segala nikmat yang kita kecapi di bumi Malaysia~ harmoni dan selesa segala segi. Hmm :)

Comments

cik.shabah said…
betul tu,bertuah sgt2 dpt hidup kat malaysia ni ;)
Mama Zharfan said…
yepp..bersyukur sbb lahir kat Msia--cuma bila dok UK, teringin jer nak migrate ke sini kalau ada peluang--sbb byk yg UK ada tp Msia tak de..
me dh nak balik msia tau ayu--dh beli tiket pun :)
cik shabah - :) kan kan

suzz- my hubby pun ada kata duk kat OC cam byk benefit
Hermit said…
oii2... byk la g berfoya2...
syukur dpt hidup kat malaysia :)
masa g course kat korea tue ada delegate cambodia.dia cakap gaji dia 60US dolar sebulan.so bayangla berapa je gaji dia
lupa lak dia cakap tak penah guna iron..adessssssss sedih gila dengar
Anonymous said…
Associatedcontentnetwork.com Article directory free for publish your press release and articles !
Hermit said…
@Mama Amana&Arief,

betul tu, ordinary ppl income around USD2.50 per day i.e less than RM8 je... i takdelah masuk kawasan pedalaman tapi tgk gaya hidup kat suburban pun memang dah nampak cam sgt susah.. itu pun dah kat outskirt capital city, Phnom Penh... easily can say taraf hidup 20-30 years behind Malaysia...even Phnom Penh pun very dusty city, tak berani nak sentuh foods stalls kat tepi jalan, road signage boleh cakap non-existance, lotsa motocyles on the road with 'banzai' attitudes, very congested road & i perasan our driver didn't even managed to drive more than 50km/hr sepanjang perjalanan to the outskirt...
baby (mama amana N arieff)- yang ampun...basic electrical appliance cam iron pun jarang diguna..klu me susahlah nak survive
Anonymous said…
padahal si hubby pergi layan ayam kat sana ko tak tahu..hahahah cambodia penuh pelacuran

Popular Posts