Corat-coret di Pulau Pangkor - Part 1

Saya, Mak dan 3 anak yang terpilih ~ Yana, Afiq dan Amani tiba di Pulau Pangkor pada pukul 4 petang 4 Disember 2010. Ramai sangat pengunjung nak ke Pulau pangkor sehinggakan kami terpaksa berasak2 di pelabuhan untuk menaiki feri. Letih dan penat...
Walla ni lah tempat penginapan kami di Puteri Bayu Beach Resort. Keluasan sederhana tetapi fasiliti dan kemudahan yang disediakan amat memuaskan.
Ni lah chalet saya..113..agak jauh dari lobby utama dan swimming pool. Tetapi sepanjang jalan kami boleh bersiar-siar melihat pemandangan sekitar. Antara yang menarik sangkar yang ada 2 burung merak... cantekkkk
Di satu sudut bilik penginapan.. dapat 2 katil single (yang agak luas boleh muat dua orang) dan juga disediakan satu tilam lipat..ngam ngam cukup untuk semua ahli keluarga yang dibawa...
Aktiviti pertama saya... cam biasa opening event untuk kursus selama 3hari 2malam... tapi bagi anak saya aktviti pertama selain makan adalah mandi kolam...splashhh...
Kali ni di'upgrade' ke mandi laut gak... hoho see Yana bersama konco-konconya...(ex-schoolmate masa tadika). Siap kawan2 Yana ni pesan kat saya "aunty nanti upload gambar kat facebook ya!" pehhh..."Nanti kitaorang add aunty"...lagi punya pehhhh... Anak zaman sekarang yang celik IT..huh.. semua tahu ber-'facebooking'
Afiq... anak terunaku yang suka membawa diri...
****
***
**
*
paling saya teruja melihat perkembangan Amani...
Dia dah start merangkak... punyalah hepi dapat merangkak kat pasir pantai...
Amani 6 bulan 6 hari dah pandai merangkak dan menonggeng tinggi...
Mummy so hepi... lepas ni kita praktis merangkak laju..wokeh Amani :)
Malam pertama di Pangkor saya sudah ada tugasan untuk diselesaikan bersama ahli kumpulan... Capek wehhh
sekian part 1....

Comments

Hermit said…
amani cam akid masa baby la.. muka cam boy lagi...
dedet- cam muka saya kan kan kan :)

Popular Posts