Kenangan Indah Bersama Keluarga- Mamypoko & PaMa

Sabtu 11/12/2010 tengahari saya dan famili sudah berada di Lake Town Bukit Merah untuk menyertai Kenangan Indah Bersama Keluarga anjuran MamyPoko dan majalah PaMa. Saya antara pemenang yang bertuah dan ini adalah kemenangan kedua bagi diri saya dalam peraduan yang sama (2 tahun lepas).
Team PaMa sudah sedia menanti untuk diberikan tag nama dan goodie bag kepada semua pemenang :)

Yeszaa, di dewan ini agak biasa, props simple. Ahem.

antara hadiah yang ditawarkan untuk acara "games" dalam kumpulan.

Disebabkan program tertangguh agak lama. My kids memang dah penat. So kena psycho mereka ini dengan aktiviti yang boleh dibuat kat situ. Antaranya sesi melukis bersama adik-beradik :)

Lepas tu takleh duk diam. Memasing dah panas punggung. Mummy dan Dedet mula sakit kepala :(

nasib baik Amani tidur ngan lena. Tapi kena buli ngan abang dan kakak dia..see ada kapal The Treader Narnia kat atas kepala.

Ni bukan hadiah saya. Tapi hadiah untuk semua ahli kumpulan Ungu. Berbahagi sama rata yang mana akhirnya saya mendapat 2 keropok, 2 air tin, 2 coklat, uhuks.

antara "games" dalam kumpulan:- chicken dance, ballon blast, piramid dan fun pose.
Saya takdelah menang dalam aktiviti "games" dalam kumpulan tapi saya dapat gak hadiah dari menjawab kuiz dan juga hasil keberanian Anaqi menyanyi kat depan khalayak ramai..oklah 2 hamper kecik mandian baby :)

Selain dari cash RM500 dan langganan majalah PaMa free untuk 3bulan, diatas antara souvenir yang saya dapat sepanjang beraktviti disini. Hmmm, kalau ikutkan event yang sama saya pernah pergi dulu hadiah lagi banyak dan lebih grand. Yang paling best dalam event dulu MamyPoko menyediakan banyak sangat hadiah pampers. Kira seorang peserta boleh bawa balik sekurang-kurangnya 1 pampers. Tapi tahun ni takdelah pulak. Anyway, terpilih sebagai salah satu pemenang sudah cukup membuatkan diri ini begitu gembira kerana saya hanya mempertaruhkan 2 penyertaan sahaja. Dan hadiah percutian yang ditaja dengan lengkap makan-minum (tak sempat laparpun) sepanjang berada di sana sudah memberi nikmat yang besar bagi saya dan keluarga. We have fun there!
p/s: sedey gak cek RM500 salah nama bapa, so pending 2-3 minggu. Huhu

Comments

Mama Zharfan said…
congrats ayu!! u are so lucky to win! me belum pernah naik nama me bab2 lucky draw mampy poko./pa ma ni..tak de luck...last year, nasib baik nama my SIL (aimi) naik...me antar byk tau ayu, dekat 10 entries..adess..and every year (conetst ni kan annually) me join+atar byk2 sbb my boys memang pakai mamy poko..cuma tak de luck utk menang
hmmm nama tak pernah naik pun...pa&ma tak nak pilih i....he he he
suzz- rezeki nak kena nama naik lagi...tak pe suzz insya allah ada usaha rezeki kat mana2 chaiyok2.. :)

ezz- hehehe...i rasa mamypoko yang buat selection... i rasalah..klu pama confirm nama u lama dah naik :)
Wansteddy Tales said…
contest kumpulan k.ayu tu yg ssh skt drg nk judge. wan still ternmpk2 lg k.ayu & hubby plg cpt letupkn belon tu hurm...
Em's Family said…
wah bagus tu.. at least dapat free pergi bukit merah.. cek tak lari jangan risau :)
wan- nak buat camne wan takde rezeki huhu..lagipun kitaorg duk tepi sekali :p

amira- alhamdulillah cuti2 malaysia yang ditaja :)
salam!akak, still remember me? slh seorg pemenang mamypoko & pama bkt merah.kak ayu, contest terbaru mamypoko akak masuk x? dh brp entry akak anto erkkk?..da..kept in touch, "craftcomenterpriseweddingcard.blogspot.com"

Popular Posts