Wednesday, March 16, 2011

Cooking Class For Kids at Marche The Curve

Inilah dia 3 orang pelapes tukang masak di rumah masing-masing. Ahem-ahem, siap bergaya dengan topi dan apron yang pastinya dari riak air muka memang tak sabar nak belajar memasak. Kejadian gambar di atas berlaku pada hari Selasa (15hb Mac 2011) jam 2 petang bertempat di Restoran Marche The Curve. Ini semua bersempena dengan Kid's Cooking Class~ "Baking Chocolate Strawberry Muffin".
Penerangan bahan-bahan yang digunakan kepada little chef.

Little chef sibuk mengaplikasikan apa yang diajar oleh sifu aka master chef.

Dari mengadun, membacuh sampai proses sedia untuk dibakar.

Sambil menunggu muffin yang sedang dibakar/dimasak, ke semua little chef disediakan aktiviti mewarna untuk menghilangkan rasa kebosanan :)

tadaaaa... dah siap pun. Baunya wangi dan nampak sangat sedap =)

Tahniah chef Adriana...muffin anda sedap tapi rupanya cam agak mampat dan padat sikit...namun still boleh gigit dan makan dengan penuh selera =)

Tahniah Chef Anaqi, walaupun rupa muffin agak tidak menawan sebab besar-besar dan tidak sama saiz. Tapi rasa still sedap cuma agak manis sedikit (komen Dedet setelah 2 biji habis dimakan dengan jayanya).

Ibu-ibu kepada chef muda yang sentiasa mahu anak-anaknya berjaya di dunia dan akhirat.

Hasil kerja (muffin dan lukisan), certificate of attendance dan juga Picky Meal Free voucher boleh di bawa balik rumah.

Seronok juga sekali-sekala terutama di waktu cuti sekolah bila anak-anak dapat belajar sesuatu baru didalam hidup mereka. Selain dapat menambah ilmu didada, mereka juga dapat belajar cara bersoasial dengan rakan-rakan baru. Dan cam biasa mak-maknya bolehlah melepak bersama, bercerita bagai nak rak sampai tak sedar masa begitu sangat cepat berlalu.
p/s: buat umi Dania jangan lupa try buat since recepi cantik sudah dibawa balik. Dah jadi jangan lupa hello-hello kat orang sini ya heheheh.. TQ for the pressie, tunggu my next posting wokeh :p

4 comments:

ruha said...

nanti boleh dorang masuk junior masterchef malaysia klau dorang buat ler, budak2 JM australia mmg terer masak, kalah ai hehe

Ummi Dania Yasmine said...

Ruha......awak tu rendah diri le tu..padahal pandai masak....

ayu...uishh pot pet pot pet, sedar2 dah habis...errr??? banyaknyer kita cerita ayu...huishhhh...:-)

Sumijelly said...

wah...best tgk anak2 pandai masak...

sok nanti klau ada kelas tuk memasak..tingin gak nak suh anak2 masuk...hahaha

Sumijelly.com

Mama Zharfan said...

tak sbr me nak join the geng heheh