Hoodwinked Too!!!! Yesza Colouring Contest Lagik!!

Ya be da be du...
Ahad 24.4.2011, kul 11 pagi bertempat di The Curve, 3 daripada 5 anak saya telah menyertai pertandingan mewarna anjuran Cathay Cineplex bersempena dengan 'Hoodwinked Too' movie. Ramai gaklah peserta dalam 100 orang yang mana 50 orang untuk setiap kategori.
Diadakan di ruang legar E-Curve, agak luas dan selesa tapi tidaklah buat ibu-bapa yang terpaksa bersadai di tepi2 lot kedai demi sokongan padu buat anak masing2. Ngeh :p
Nampak tak Yana dan Anaqi? Hoho. Anaqi buat cam kat rumah sendiri. Selamba badak dia duk layan baring sambil mewarna. Anaqi cam bad mood sikit sebab tak makan pagi lagi (mana idaknya kat umah suh makan dia duk bz layan game). Tapi lepas aktiviti mewarna cam hepi lak.
Nampak tak Akid??? Hehehe so Akid kena join kategori 3-6 tahun. Rasanya Akid, Yana dan Anaqi peserta yang datang sehelai pinggang. Sebatang kaler pun tak bawak. Duk harap pihak penganjur yang sediakan :)
Lepas tu antara orang terawal pulak yang habis dulu. Nampak sangat kaler separuh hati, hahaha. Tapi semangat untuk menyertai itu tetap ader...
Dapat kupon2 ni. Pek makanan tengahari dan goodie bags!! Hoyehhh!!
Disebabkan anak saya siap mewarna terlebih cepat dari peserta lain so kami mempunyai banyak masa untuk berjimba-jimba sebelum pengumuman pemenang (ececece camlah menang, ahaks) dan pemberian goodie bags diagih2kan. Siap posing sakan di merata2 tempat. Pantang nampak port menarik "Dedet2 amik gambar!".

Dalam kul 12.45pm peserta boleh amik makanan~ ada roti hot dog berkeju + air tropicana (1 botol). Ada sesi kuiz bersama pihak penganjur. Part ni Anaqi begitu aktif sekali. Rasanya 3 kali dia dapat jawab :p. Dalam kul 1.30 petang pengumuman pemenang dan pemberian goodie bags kepada semua peserta. Cam dijangkakan "Tak menangpun"... Huhu.

Abis jer acara mak-pak dah lapor tahap maksima kitaorang bergegas ke 'Jom Bali' Cafe di Tesco Mutiara Damansara.
Sambil tunggu order makanan sampai, posing2 sampai lebam.
Dua beradik yang tak reti duk diam. Comel tak kami?...Koyalah mak-nyer :)
Anaqi bantai order "Lamb Chop"... tapi memang shodap wei.
Bakal menjadi peserta imam muda pada tahun2 akan datang (kalau wujud lagilah program realiti iteww, huhu). Baca doa sepenuh jiwa raga. Siap orang meja sebelah turut mengaminkan sama.
Nasi goreng bom apa ntah. Ni dedet punyer.
Mee kantonis yang sangat banyak. Cam lautan penuh seafood.
Yana bersama bihun yang digoreng istimewa. Sebab agak banyak terpaksa dibungkus bawak balik. Abis makan amik RM71... wohooo. Tapi masakan semua besh2 lah. Air siap boleh refil lagi, suka ai.
So ni antara isi goodies dalam beg yang diberikan kepada setiap peserta. Paling suka ada voucher Crocs RM50 dan tiket wayang :)

Ni lak hadiah hasil usaha gigih Anaqi menjawab kuiz.

Seronok tapi penat sangat. Sebab half-day buat aktiviti di situ. Saat paling gembira dapat jumpa Ezna, Wan Steddy dan Ila. Wah boleh layan borak lama2. Rasa nak jumpa lagi :).

P/s: Buat Ezna dan Wan... Tengkiu so much for the tokens. Appreciate sesangat, malu mak tak kasi apa2 kat uol, muahhhhhhhhhhhhhhh. Nenanti ya bila ke temu lagi.... ader ler.. gitew2

Comments

ila cuti hari ne.nanti ila pun wat entry contest tue. rugi tak amik gambar dgn ayu, ezzna, wans..ila sempat jumpa wanz...
hehe..seronoknyer kita berborak....:-)
tingat dulu masuk mewarna gak mase kecik2,dpt saguhati walau x mng pon dah terloncat2 ;)
ila- beshh kan harap dapat jumpa lagi dengan ila :)

ezz- borak...sambil menganyam ketupat...senda-sendu di pagi raya hahahaha

zeti- motivasi sebenarnya...anak i dpt goodie bag pun dah hepi cam mng gp..hehehehe
wah bestnyer aktiviti sekeluarga...goodies pun best best..
Wansteddy Tales said…
k.ayu... pembetulan. peserta terawal keluar sebelum pertandingan dimulakan. jiran yg duduk sebelah damia. 5 saat lepas pertandingan bermula, damia menyusul keluar contest sempat mewarna bontot tupai sipi je dengan jayanya! hahhahha... bawak g makan, barulah gigih nk waran2 lagi. tp dah disqualified! hohohoho... mmg besh dpt jumpa semula dgn k.ayu! rs mcm jumpa geng skolah. aahahhaa... besh gak 1st time jumpa kak ezna & Ila. tp xberkesempatan nk borak2 lama2 :D
devi- akt yang sgt sesuai untuk kids :) and at the same time it's outing day for family

wan- wahahahahahahahaha....at least berjaya juga damia mewarna walaupun sipi di bontot tupai...seronok kan wan jumpa dan borak2 lama...dan damia sangat comel sebab bersungguh angkat tangan nak jawab soalan kuiz hehehehe
cu734ngel said…
waaa...sedapnya makan kat jombali...:) btw dierorg feature ur blog kat fanpage dia lah!!!:) tahniah..eheheheh
Rozie Rahim said…
Sedap makanannya. Jom like fanpage Jombali di FB dan follow di twit utk update promosi-promosi menarik. http://www.facebook.com/Jombali dan https://twitter.com/#!/jombali thank you. :)