Nur Kasih The Movie :)

Saya sukeeeeeeeeeeeeeeee ngan movie ni. Siyes pertengahan cerita saya sudah menangis yang sangat beria-ia. Hahaha. Walaupun saya ada banyak menerima komen yang kureng menyengat dari mereka2 yang sudah pergi menonton preview filem ini, tapi bagi saya cerita Nur Kasih tetap besh. Ini terutama pada-pada mereka yang sememangnya follow drama Nur Kasih di TV3 maka haruslah pergi menonton filemnya untuk mengetahui kesudahan kisah Adam, Nur Amina dan Aidil.
Tiket preview Nur Kasih untuk tayangan Hari Selasa malam di GSC 1 Utama. Saya dapat 4 tix~mak sha, yana dan Afiq berjimba2 dengan saya kali ni menonton Nur Kasih.
Watak utama filem ini adalah seperti diatas. Kekuatan cerita adalah pada skrip dan teknik pengambaraan itu sendiri. Jalan cerita memang kena faham betul2 walaupun ada gak part yang boleh mengkompiuskan fikiran contohnya "tangan pompuan tue saper ni yek?" sebab pengkisahan adalah lebih berbentuk flash back. Maknanya kita miss satu part kita tak akan faham kesinambungannya.

Walaupun Syafie Naswip berlakon dalam beberapa scene ajer dalam filem ni tetapi kemunculannya sebagai watak antagonis memang benar2 menjadi, "jahat giler" wei. Saya suka juga Munif (cam pelakon baru) yang bawak watak Mamat yang sangat comel dan bersahaja. Dan penampilan istimewa Ayu Raudhah, die memang gorjes bertudung!!
Apa yang saya ingin simpulkan dari filem ini ialah:-
* suratan dalam hidup memang sudah menjadi ketentuan. Adakalanya kita sihat waalfiat tapi kiranya ajal sudah sampai kita akan pergi jua. Begitu juga sebaliknya kita sakit yang amat menghadapi kematian tapi bila keajaiban itu berlaku, ianya mungkin berubah. Kun Fayakun.
* Cinta itu tiada batasan, antara manusia dan tuhan, antara ibu dan anak, antara abang dan adik, antara suami dan isteri, antara yang hidup dan yang pergi...
*Cinta tidak perlu hanya dizahirkan hanya pada kata-kata, tetapi ia juga boleh dilakukan melalui perlakuan, sentuhan, ambil berat dan mencakupi segalanya. Dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan yang baik2 untuk insan yang kita sayang...

p/s: Filem ni ada sikit cam filem Notebook lakonan Gena Rowlands dan Starletta DuPois. Tu pun masa part last my sis yang perasan. Tapi sikit ajerlah jalan citer memang totally different.
p/s/s: Pesanan paling penting dari saya, "buat suami isteri yang sah, cinta sehingga ke hujung nyawa ya!!!!!!!'
Nur Kasih The Movie :) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 18, 2011 Rating: 5

9 comments:

  1. MISTI TONTON NI..HEHEHE..KHAMIS NANTI..=)

    ReplyDelete
  2. nak tonton gak ni...hope happy ending sume...haha

    suke ayat pesanan paling penting tu..hehe :)

    ReplyDelete
  3. me tak tgk citer ni kat tv--tapi gazette filem ni nampak besh :) tak de tix free mcm mls nak pegi tgk ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  4. tgk preview mcm best cz sure lg best dr drama kn...hehehe

    ReplyDelete
  5. alahai teringinnak tgok.. nak ajak hsbd pgla.. anak2 pos kat sapa2 yg berkenaan haha.tp tak sampai ati lakkkkk

    ReplyDelete
  6. tu diaaa preview dr sis,hehehe,part nangis beria2 tu nape x citer kenape?hahaha

    ReplyDelete
  7. devi pun suka drama Nur kasih..esok nak pi tengok tayangannya..sediakan tisu yg berpatutan...pesanan penaja,,hehehe

    ReplyDelete
  8. x sabar nak tengok movie niiiiii..

    ReplyDelete
  9. woh... tak kena jiwa la.. (nak kutuk lebey2 pun my wife minat).. lagi baik layan powerpuff girls hehehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.