Sunday, July 3, 2011

Durian Feast @ Naza Auto Mall

Hari Ahad, selesai saja projek shopping barangan rumah, saya dan famili ke Naza Auto World. Jejalan sambil tengok kereta mewah dan juga sempena dengan....
Makan buah doriyan. "All you can eat, durian feast"
Punyalah ramainya manusia. Namun begitu nak makan kat situ tak perlu risau kerana tempat disediakan untuk semua tetamu yang hadir sememangnya luas dan mencukupi.
Air mineral juga diberikan percuma di situ. Kot mana tahu nanti tercekik ke ada gak air untuk menghilangkan rasa haus tak terkata.
Berbakul2 durian kat situ. Kita amik dan pilih lepas tu ada brother yang tolong bukakkan.
Isi buah durian ni memang kekuningan oren. Gebu mantap. Manisnya sampai terangkat2 kening ketika menikmatiny.a.
Ketika saya asyik lagi melayan buah durian. My kids ~ Anaqi, Afiq dan Amani bz bermain :)
Bagus gak pihak Naza sediakan tempat mainan seperti ini. Walaupun kecil jer permainan ni tapi cukup melegakan ibu-bapa yang nak makan buah durian puas-puas dan anak mereka tidak menganggu kerana ada tempat bermain khas.
Sambil makan sambil jeling kereta idaman... Yang merah tu..tu..tu...
Yang kuning ni kereta idaman Anaqi, sangat sporty!!
Barisan Toyota Alphard... yang besar gabak ni idaman Dedet. Ha Ha Ha.
Pandangan hadapan Toyota Alphard/Vellfire... Kalau secara kreatif kita boleh bayangkan Alphard ini "seorang bapa yang mempunyai keluarga yang besar dan berkerjaya selesa".
Dan pastinya cam ghupe bapa tu 35 tahun ke atas, hoho.
Bontot belakang takdelah seksi mana pung...
Toyota Vellfire 2.4... Year 2009... RM 267,000.00
Hmm, cam tak mampu jer tengok harga. Hik Hik. Malas sungguhler hutang besar2 setiap bulan ala "biar papa asal bergaya".. :p
Apapun saya berjaya makan 3 biji durian saiz bola sepak versi kanak-kanak ~ sowang tau... Ni badan dah mula rasa panas2!!... huh

5 comments:

Em's Family said...

durian ke.. mase ayu eje doriyan dekat FB mira mati2 ingat doriyaki hahahah :p takpun any other makanan jepun yang sewaktu dengannyer.. now mira gelak sorang2 durian rupenyer hehe

Ummi Dania Yasmine said...

ayu, kalau tak nak panas...petuanya masukkan air dalam durian tu. Minum air dari situ. Penawar panas tau...petua org dusun...

eB ezrin said...

durian vs kete? wow :)

Mama Zharfan said...

beshnya dpt mkn free hehehe mr hubby hant durian tp tak dpt nak mkn sbb diabetic kan :)

AyuArjuna BiGoshh said...

mira- hahahahah...dorayaki i terus teringatkan doremon....


ezz- tu la time makan tu langsung tak terhengat

eb- mmg WOW

suzz- oo ya ke...u tak minat doriyan ke suzz :)