Kasih Ibu Sepanjang Jalan

pssst: Saya copy dari FB
Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Menangis saya membaca entri dari FB ni. Betapa kuat naluri dan kasihnya seorang ibu. Bagi mereka yang menyusukan anak saya percaya- adalah sangat pantang mendengar suara esakan bayi mereka. Ini kerana ibu-ibu ini dengan segera akan menyusukan bayi mereka tanpa disuruh oleh sesiapa pun.Dan bayi yang disusu akan tenang penuh kedamaian dalam dakapan ibunya.

Comments

Mama Zharfan said…
memang sgt sedey :( :( me dh pernah baca last few weeks/months :(
sedihnye.. tak tau nak komen apa.. tetiba tingat anak2 kat umah
Jaclyn Chew said…
Good evening!

I'm currently on a look out to engage mommy bloggers for a client of mine and I came across your blog.
We are seeking to engage mommy bloggers for paid advertorial write-up for a milk client, which will be kick-starting their campaign soon.

Would you be keen to further explore the possibilities of working together?

Do hope to hear from you soon!

Email me at jaclyn@sirens.my
Jaclyn Chew said…
Good evening!

I'm currently on a look out to engage mommy bloggers for a client of mine and I came across your blog.
We are seeking to engage mommy bloggers for paid advertorial write-up for a milk client, which will be kick-starting their campaign soon.

Would you be keen to further explore the possibilities of working together?

Do hope to hear from you soon!

Email me at jaclyn@sirens.my
mz- sedeykan :(

ila- hmm anak2...tu lah harta kita dunia dan akhirat :)

jaclyn- ok...will keep in touch with u soon

Popular Posts