Surat Layang Luahan Rasa Kepada Pihak Pengurusan Larrie

Kehadapan Tuan/Puan yang bekerja di Bahagian Pengurusan Larrie Cooperation.

Per: Ketidakpuashatian Dengan Hadiah Kemenangan "VOUCHER RM 50"

Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, saya telah memenangi voucher RM50 dari Peraduan yang dianjurkan oleh pihak Larrie dan Berita Harian. Saya sebenarnya memenangi 2 voucher nilaian RM50 dari Peraduan yang berlainan; Hari Bapa dan Hari Ibu tapi sehingga kini saya hanya menerima satu sahaja. Perkara ini telah dirujuk kepada pihak Larrie dan saya diminta untuk membuat tuntutan dari pihak BH. Setelah banyak kali telefon sana-sini berhari-hari, saya pun jemu dan tidak mempedulikan hadiah kemenangan itu lagi.

Pada hari Ahad lepas (30/10/11), saya dan keluarga telah berkunjung ke Sunway Piramid (ini kerana dalam voucher telah tercatat hanya 4 outlet yang boleh digunakan - Sunway Piramid, Farenheit BB, JB dan Penang. Dalam voucher hanya tercatat untuk pembelian "Men Shoes" dan "Apparel". Ok saya takde masalah dengan itu. Dan saya juga tahu untuk voucher Larrie hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan dalam kategori "Normal Price Item".

Sampai kat Butik Larrie, terdapat konflik di sini yang mana boss/supervisor menyuruh saya memilih apa jenis kasut under brand "Larrie" dan pakaian dalam kategori normal items. Tapi bila jurujual di situ masuk campur dengan mengarahkan saya untuk memilih antara 3 style baju ~ t-shirt yang sempoi tak cantek langsung harga RM69.90 lepas tu ada 2 kaler jer biru dan merah, t-shirt ikut body untuk laki belang2 kaler kuning kehijauan terang size L pun nampak cam XS (RM100 +) dan t-shirt pompuan yang jarang berlenggan pendek design tak cantek langsung harga RM89.90. Saya request untuk beli baju lain kat situ sebab ada juga baju kat situ yang agak OK design die, biarpun dengan harga normal tapi jurujual tu kata "TAK BOLEH". Lepas tu saya pun tengok2 lah kasut lelaki since kasut pompuan die takleh amik. Hmmmm, ada dalam 10 paten semua jenis kasut kulit yang ntah apa2 rekaan harga dier RM100 lebih. Masalahnya 10 paten jer. Yang lain tak boleh dibeli dengan voucher. Sandal dan kasut yang cun semua tak boleh dibeli juga, sadis!

OK, yang membuatkan hati ni sikit tak puas hati. Saya ni jenis banyak kali menang voucher tapi untuk pembelian di Butik Larrie ni sangat teruk pengalamannya sebab "BARANGAN TERHAD" +"REKAAN YANG DIBELI BURUK" + "HARGA TAK WORTH IT" dan banyak lagilah. Saya naik hairan sebab biasanya voucher yang jenis dapat macam ni dari "GOODIES BAG" jer. Bukannya MENANG CONTEST. Yang mana nak menang kena buat slogan + "have to put your own effort". Lebih baik saya pilih barangan LARRIE yang saya suka dan siap ada diskaun up to 50% jauh berbaloi dari menggunakan voucher itu.

Nasihat saya pada pengurusan pihak LARRIE bila nak kasi hadiah, kasilah dengan IKHLAS. Bukan ada udang di sebalik mee. Nak suh customer datang dan beli barang tak laku dengan menyogokkan nilaian harga voucher yang tak seberapa :( Tapi mungkin untunglah kalau owang yang menang banyak voucher (ntah boleh combine ke tidak, sayapun tak tahu).

Tapi MALAS nak panjangkan hal. Kalau saya beli dengan gunakan voucher dengan tambahan beratus duit pun saya tak kisah kalau BARANGAN yang dibeli tu memang puas hati. So, akhirnya saya decide tak nak beli apa-apa dan keluar dari mall Sunway Piramid dengan perasaan sangat hampa.

Anakanda2 saya pulak gembira melompat2 di Butik Larrie. Takdelah rezeki saya nak berbelanja di Butik Larrie, huhu.

p/s: Kalau mengadu betul2 OK ke? Kalau pihak pengurusan tak layan saya bawa isu ke suratkhabar, hahahahaha. 50 hengget pun nak kecoh, kan? :p


Surat Layang Luahan Rasa Kepada Pihak Pengurusan Larrie Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 02, 2011 Rating: 5

17 comments:

  1. try la antar komplen ni...kdg2 diorang kena tau jugak..50 tu byk jugak

    ReplyDelete
  2. hantar je..itu hak kita sebagai pengguna..biar diorang berubah sikit

    ReplyDelete
  3. huh...me pun ada menang voucher RM50 Larrie ni--belum collect sbb kat bkt jalil--pdhal boleh jer diaorg pos jer voucher tu..tu pun me dh rasa pelik--rupa2nya lagi pelik time redeem ish ish ish u antar ler surat/entry ni kat larrie---kalau diarg ada FB kan senang :p

    ReplyDelete
  4. better complaint je. hak kita sebagai pengguna.

    ReplyDelete
  5. apa salahnye complain.. tp ayat kena kasik kaw2 lagi... kehkeh

    ReplyDelete
  6. eh,bace dr awal igtkn btol2 dah,anta je sis,byk songeh larrie nih

    ReplyDelete
  7. Ala..sedeynya ayu baca entry larrie kali ni...mcik pon lum amik lg kasut larrie tu..konon ingat nk p Sunway Piramid gak haha x jd la ...

    ReplyDelete
  8. Hantar ayu. Sebijik u letak kt blog.....hihihi yg tak tahan design buruk tu...hihihi

    ReplyDelete
  9. eliss dulu pernah dpt voucher kasut krockss(bukan nama sebenar),rm50 jgak, lepas tu kat outlet yg memang pilihan terhad dan design memang x ada yg chantek langsung.last2 bagi sedekah ajer kat diorang voucher tu dan pulang dengan sepasang krockss tanpa guna voucher pun.

    ReplyDelete
  10. adeh mcm xiklas je nak bagi kan ntah ape2

    ReplyDelete
  11. jahat nya cam tak ikhlas je nak bagi voucher tu, ada plak kena pilih yang buruk je, lebey baik tak payah beli

    ReplyDelete
  12. Slam kak ayu! 1st time nak komen !!hehhehe ... Xpatut pon diorg bt macam tu! Kite sokong anto je komplen biar dorg tahuuuu. !! And bgth kat akhbar yg aanjur contest tuh!!hheehhehehe

    ReplyDelete
  13. Aduhhh, susah kan menang voucher tapi ada makna tersirat oleh yang memberi..

    Rasanya better akak complaint je..

    ReplyDelete
  14. ahah! bole ngadu kt tribunal neh. lantokler depa kt Larrie nk kata apa psl rm50 ajer pon. mmg sah2 jenis penipu!! alahai kempeni n produk Msia yg dibangga2kan...

    ReplyDelete
  15. pssttt... baru teringat... kontest yg dianjurkan BH mcm 'smells something fishy' ajer... ingat x dlu, yg kumpul2 header BH ker haper then bole tukar ke tiket masuk sunway lagoon? my SIL sebokler membeli paper ittew dan mengumpul, nk g redeem, last2 dpt sakit hati ajer....hmmmm... haruskah pangkah??

    ReplyDelete
  16. erkkk?? design yang buruk2? tak patut tau..memang saja jer lah tu LARRIE bagi tak ikhlas...ke cawangan tu saja??

    ReplyDelete
  17. alamak! ni yang tawar hati nak redeem. baru ingat nak pi larrie kat sunway sana redeem RM50. tp tgk voucher pun mcm fotostat aje. voucher sogo pun jauh lebih cantik. sape yg dpt voucher RM500, apa perasaan kan? emm...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.