Karnival Kampus Astro di Pusat Sains Negara

Saya tahu mengenai Karnival ini namun saya tidak bersungguh, cam rasa malas jer nak pergi. Karnival ni bermula dari hari Sabtu (10 Dec 2011) sehingga Ahad (11 Dec 2011). Tapi hari Ahad sekembalinya saya dan Dedet dari pasar. Saya bersiap menyediakan sarapan dan Dedet sibuk mengoogle sana-sini sekaligus mendapat info mengenai karnival ini. Jangan tak percaya beliaulah yang bersungguh mengajak saya dan anak-anak ke Karnival Kampus Astro walaupun hakikatnya my Encik Hubby sangat malas bersesak dengan owang ramai.

Kami keluar pagi dalam kul 11 dah sampai tempat destinasi. Jarak dari rumah ke Pusat Sains Negara tak sampai 10 minit pun, sigh :) Memang dari jauh sudah nampak happening dengan booth-booth warna putih. Dedet masuk dulu manakala saya dan Anaqi duk lepak kat luar tengok kanak-kanak main permainan interaktif F1. Puas melepak saya masuk dan terus mendaftar nama-nama anak saya. Tapi ghupe-ghupenya Dedet juga daftar nama anak saya. Tak pasal-pasal ada 5 kupon untuk dipenuhi dan akan diberikan hadiah istimewa.

Tapi memang beshlah kat dalam tu macam-macam permainan ada. Dengan setiap booth yang memberikan kami macam-macam hadiah. Since saya ada 5 kupon so dapat lebih kurang 5 items di setiap booth. Meh layan antara gambar2 menarik dari berpuluh-puluh yang sempat dirakamkan oleh Dedet.
Optimus Prime pun turun ke Pusat Sains Negara. Selebriti tak bernyawa Hollywood ni. Hik hik.
Ghupe Yana ketika berumur 33 tahun, hahahah.Kalau tak jaga badan cam mummy jadi camni lah ya! Saya dengan sengaja tak nak melihat diri sendiri dalam cermin ini takut tiba2 kena histeria, hahahah.
Mempelajari salah satu mengenai sains. Sumber tenaga dari kayuhan.
Ada juga disediakan playground yang ala "Galactica kat OU". Siyes syok. ni kalau kat OU kena bayar berbelas ringgit tapi kat sini die kasi main free2 je. Ada dua jenis playground satu memang untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas. Dan satu lagi untuk kanak-kanak kecil yang boleh ditemani orang dewasa. See Amani memanjat tinggi, berani sungguh dia ni!
Ada dinosour juga. Geram rasa nak cabut jer gigi cik Dino ni.
Ntah apa nama teknologi ni tidaklah saya tahu (sebenarnya tak amik tahu, haha)
Menari-nari di atas piano tak berhenti-henti.
Permainan sains ini juga antara yang diminati anak-anak saya.
Memang puas hati sangatlah. Tapi bila dah masuk tengahari orang dah start ramai, Pusat Sains Negara dah macam sesak sikit. Bayangkan saya berada disana dari pukul 11 pagi sehingga pukul 4 petang. Makan tengahari dah cam minum petang.
Ini antara goodies yang anak-anak saya dapat sepanjang berada di sana. Banyak giler pen.
Dan paling besh dapat buat "Hand Waxing" secara FOC. Ini sebabnya kami telah mendapatkan kesemua stickers, kiranya ni lah hadiah misteri yang dijanjikan. Tapi nak buat hand waxing ni kena jenuh beratur weh. Tangan yang ada 1 jari ala trademark 1 Malaysia tu tangan Yana. Dedet siap kata nak pinjam kalau nak korek hidung dier, hahahahaha. Yang peace warna merah tu tangan saya manakala Akid trademark peace jari biru. Jari kuning tu Anaqi punya dan last sekali kat tengah2 Afiq punya. Amani tarak! Sejuk sangat, panas sikit ketika proses waxing, memang saya tak rasa Amani mampu bertahan. Menangis lak die kat situ nanti.

Penat tapi seronok sangat. Petang tu siap singgah Carefour KD dan ter'join' colouring contest lagi. Will hapdet soon.

Comments

eB ezrin said…
wah sukernyer hadiah tgn tuh. comel sumer :)
Em's Family said…
serious nampak best.. thanks sebab call i jugak, i tak jadi pergi sebab nak pergi rumah mak i, kalau i pergi sini, berbulan lah i tak jenguk mak sendiri walaupun di kl hehehe
Ngeh ngeh ngeh.....bersungguh u ber-event...:-)
Mama Zharfan said…
hand waxing tu sgt besh & cute :)
best dapat buat.. kalau buat mau rm50wax tuekan?/