Meet & Greet With Ben Tennyson | Maknyer Yang Paling Teruja!

Hari Ahad yang lepas saya dan anak2 berpeluang menyertai acara "meet & greet Ben 10" di Jusco Wangsa Maju. Acara bermula pukul 2.30 petang tapi saya tiba 2.45 petang. Huhu. silap masuk jalan dengan jammed segala bagai :p

Sebenarnya saya tidaklah menyangka anak2 saya akan terpilih menyertai acara ini memandangkan syarat untuk menyertai perlu berbelanja sebanyak RM100. Banyak betul tu kena belanja. Tapi saya belasah belikan t-shirt 10 henggat (ada dalam posting saya satu masa dulu) dan hantar 3 penyertaan. Hik hik. Alih pihak Cartoon Network called menyatakan anak2 saya menang - 6 passes. Dan lagi 2 pas saya bagi kat my BFF MZ since Zharfan memang minat benor ngan karektor Ben 10.
Banyak jugaklah aktiviti diadakan sepanjang acara petang itu. Tapi banyaknya hadiah yang diberikan cuma key chain dan stickers Ben 10. Yang hebat2 seperti basikal dan jaket Ben 10 diberikan kepada peserta yang berbelanja paling banyak. Sah2 saya beli barang 10 henggat so jangan berangan nak menang ya, huhu.

Akid main menyumpit cawan kertas + kutip bola paling banyak dalam ais!

Anaqi dan Yana masuk acara memancing dan mengutip bola dalam ais paling banyak.

Hahahah, kandid deh! Bersungguhkan MZ mencari jawapan. Hik hik. Ketekunan boleh diteladani ni :)

Acara terakhir ada game ala "kotak beracun" dan My Akid so lucky sebab die pemegang kotak terakhir. Sebagai habuan Akid diberikan hadiah esklusif Ben 10, mahal jugak rege dier.

Me and kids, over pulak mak dier bergambar :P
Dan Amani sangat lasak hokeh! Berlari sana-sini dan sangat gilakan pentas tu. Asyik nak panjat naik jer, tensen saya :)
Antara hadiah (keychains berlambak sebab anak den ramai), ubat gigi, wallet hijau (dapat dalam goodies bag, tapi ada yang tak dapat), topeng, majalah, shopping beg (lipat2 masuk dalam pouch hitam tu), stickers (gambar takde) dll.
Inilah hadiah yang Akid dapat, harganya kat sticker Jusco RM99. Gulp mahal benor! Kira rezekilah buat Akid yang sememangnya peminat no.1 Ben 10.

Parti akan datang yang bakal disertai oleh anak2 saya:-
1. Party Barbie -- untuk Yana (belian + menang slogan)
2. Party Phines and Ferb -- untuk Yana, Anaqi dan Akid (email + menang slogan, ekceli ni untuk 8 tahun ke atas, tapi nak bawak gak Akid, huhu)

Sakan berparti ya, kitaorang jarang dapat invitation besday party tapi seperti event berparti banyak gak, huhu.

Comments

~diAhOntHeblOg~ said…
haha..mak jgn ober tau!
Mama Zharfan said…
my boys tak dpt wallet ben 10 tu...
diah-- arggg nak ober jugak hahahahahah


mz- tu lah i perasan gak sebab ada 2 gbags yang takde....tapi wallet tu mahal gak kan 10 hengget kat atas...hmmmm tak adil pembahagian isi gbag
Em's Family said…
i suke gambar suzz bersungguh2 hehee, ya betul, i pun kadang kadang je dapat invitation birthday party, tapi alhamdulillah dapat jugak la merasa pi party macam ni ..
mira...tu gaya seorang yang berjaya "TEKUN"....samalah i ni anak ramai nakal2 lak tu...nak gi majlis owang mmg kadang2 sangat segan huhu
kiki.. berkerut2 dahi MZ..
Cute MuM said…
dari mak sampailah keanak..
semua suka event camnie..
bestlah..
tak lama lagi mesti amani pon join sekali..
sebab tue asyik nak naik stage..
huhu..
wowwi bestnyer!!! mmg best bdk2 ni dpt mummy2 sporting mcm sis ;)
hahahah..wow bestnya..ada 2 party lg menunggu..

srnok tgk anak2 pun suka joint event2 camni, kalau zaquan msti susah bab nak suruh joint naik pentas..dia tu berangin sikit..ikut mood..
eB ezrin said…
ekekkekeekek, kalo eB pn samer gaks :)
madammondoq said…
rajin u join event2 ek? hehe...
I tabik spring kat u. Event gini gi ngan 5 orang anak,,,,,perghhhh kalau i tak tau la camne nak handle.....hehehe...amboiii berkerut dahi suzz yang tak tahan tu.

Jumpa masa Party Barbie eh...Yana pakai baju apa?
Hermit said…
nasib baik Akid menang something... kalau tak abislah, dia lak jenis bersungguh2...

Popular Posts