Tuesday, December 20, 2011

Mutiara Burau Bay Resort, Here We Are!

Saya memenangi pakej 3H2M di Cabana Suite Garden View. Kalau tengok harga dari Mutiara Hotels website dalam 500 hengget semalam. Tapi Mak Sha ada booking tambahan untuk 2 chalet. Dan menurut Mak Sha kalau booking menerusi online ada diskaun dalam 200 lebey  jer untuk satu chalet semalam. Sangat comey cam main pondok2 jer bila duk dalam ni :p

Siyeslah gambar katil ada satu ni jer. Paling menjejaskan mutu gambar sebab saya berbaring  dengan aksi tak berapa daring disitu. Tapi sebab nak buat review tentang hotel kena tunjuk gak gambar katil. Adeh! Sila abaikan model tak berbayar untuk iklan gambar di sebelah ya! Katil saiz King yang agak besar. Kalau 2 dewasa bersama 3 anak still selesa lagi. Tapi saya 5 anak. So lagi 2 anak saya sudah berebut mahu tidur ngan makcik2 kesayangan mereka. Kalau nak sewa extra tilam pun boleh :)

Yang unik chalet ini adalah bilik air-nya. Pintu macam almari baju. Ada tempat air pancut, sinki dan sebiji tandas duduk.
Yang tak berapa besh takde bath tub. Hahahaha. Saya memang suke berendam dalam bath tub setiap kali tidur dalam hotel dan saya siap letak segala sabun berunsurkan "meregangkan urat" + "melicinkan kulit". Ngeh ngeh



Kat Mutiara Burau Beach Resort juga ada  disediakan perkhidmatan spa (diurutkan kat luar). Pehhh kalau orang lalu-lalang boleh menonton orang mengurut secara live. Iskkk tak kuasa eden :) Ada tempat melakar batik (boleh mencanting disini), taman permainan kanak-kanak, aktiviti laut seperti naik banana boat, kayak dan lain-lain. Dan yang paling digemari anak-anak saya - "swimming pool!!!" Memang ada disediakan swimming pool khas untuk kanak-kanak tapi agak dalam jugaklah bayangkan kedalaman itu bila Afiq berdiri airnya sehingga tahap ketinggian ketiak my Afiq.

See anakndaku yang begitu hepi bermain air. Lebih 3 kali turun main air di sini. Tak rasa letih langsung :)

Amani pun tak ketinggalan sama. Dan Amani sangat berani hokeh! Suka sangat buat terjunan mengejut sedangkan saiz beliau terlalu kecil untuk bermain di kolam tersebut.
Akid dan Afiq bersama jelmaan putera puteri Katak ijau.

Dan paling besh, hotel ini mempunyai tepian privasinya yang tersendiri. Hanya penghuni Mutiara Burau Bay Resort sahaja yang boleh bercanda di tepian laut di sini. Paling teruja dapat melihat kecantikan matahari terbenam di waktu senja. Next entri saya akan kongsi gambar2 pemandangan alam yang sangat indah  yang sempat dirakamkan Dedet.
See mak cik yang begitu excited membuat aksi mengada-ngada untuk kenangan hari tua. Even Amani pun malu untuk memandang kamera. La la la la...

5 comments:

Ummi Dania Yasmine said...

Cantiknya hotel nih....harus try menginap kat sini ni...

eB ezrin said...

& im jeles ;p

Mama Zharfan said...

sgt besh sbb FOC hehhe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kiki gambar last tue mmg sporting habis dgn tudung selempang saje kiki

Cute MuM said...

cantiknya..
untung dapat tido free..
amani boleh geng ngan dania..
suka mandi swimming pool..