Siyes saya sangat sibuk dengan aktiviti bukan-bukan lately ni.
Saya rasa ramai kenalan rapat tahu saya berjaya dalam satu audition...
Dan saya telah berentap habis-habisan tapi nasib saya hanya sampai di semi final ajer...
Kalau dah masuk final automatik paling kurang RM10k cash menjadi rezeki saya.
Tapi apakan daya suratan dah tertulis, silap strategi, mental tak kuat saya GAGAL :(
Huhu... Penat sangaaaaaaaaaaaaaaat tapi pengalaman yang dapat itu priceless.
Program apa terpaksa saya rahsiakan sebab producer dah warning...
InsyaAllah nanti akan keluar kat mana2 rancangan di TV :p
Bila tak berjaya saya takdelah FRUST sangat.
Sebab memang adat bertanding kan... Ada kalah ada menang.
Cuma saya suka buat post mortem balik "punca kekalahan itu"
Sebab saya suka belajar dari kesilapan dan try perbaiki :)
Dan sentiasa terima kelemahan diri.
Bila balik dari segala kepenatan sampai rumah lewat malam...
Orang yang sentiasa setia menunggu saya ialah My Amani...
Selain dari Encik hubby ler huhu...
Dan saya berasa terharu sangat bila saya sampai jer rumah. Ketuk pintu my Amani sudah berlari mendapatkan saya. Terus peluk saya. Dan first time saya dengar die luahkan "Yayang Mummy"... Huhu...
Dan sekarang saya dah kembali pada "my normal life".
Saya perlu fokus pada study dan juga famili...
Seronok sangat menghabiskan masa bersama anak2...
Gambar2 latest saya dan famili Ahad lepas, jom layanzzz
p/s: Saya selalu berangan nak jadi SuperMom a.k.a SuperMok (super mak + gemoks, hahaha). Boleh jadi ibu yang superb, pekerja yang dedikasi, isteri mithali, belajar sehabis tinggi, melakukan segala aktiviti yang digemari tapi... sejauhmana kita boleh lakukan BADAN kita ada limit juga kekuatannya. Mental juga terlibat sama. So, saya rasa I need to take a break! Stop kejap dan balik pada kehidupan asal. Tak nak kejar sana-sini dan saya mahu hidup dalam keadaan selesa dan gembira bersama keluarga terchenta :)








Adam Corrie Lee in da house!
Cam familiar muka pelakon ni tapi saya tak sure nama dier, adoihaiii :p
Mak jeles noks! AB bersama AA, huhu.~ Anaqi Bunyamin dan Aaron Aziz









