Animal Kaiser Menjadi Kegilaan Anakanda

Mak so BZZZZZZZZZZZZZZZZ hari ni, kiranya pulun mengajar dengan report yang perlu dihantar tak siap2 angkara tak paham tulisan dalam buku nota sendiri. Hidup rasa keSTRESSan sekali. Tapi sebab gambar-gambar dah ada dalam draf, meh-meh sini saya nak story sebelum ianya menjadi basi, hik hik.

Untuk pengetahuan am semua, permainan Animal Kaiser yang sekarang ni menjadi kegilaan bebudak Sekolah Kebangsaan TTDI, hahaha. Merata-rata gi sekolah nampak bebudak sekolah lelaki pegang kad Animal Kaiser dan termasuklah anakandaku yang dikasihi. Stress wooo tengok dowang main, ntah apa-apa!
Nilah ghupe mesin dier. Terdapat di semua cawangan Jusco Playland.
Dia ada dua pilihan samada kita nak lawan dengan computer ataupun dengan pesaing normal iaitu manusia.
Terus-terang saya tak amik pusing pun cara-cara bermain guna mesin ni. Tapi die kena swipe dan berlawan dengan menggunakan teknik "SESUKE HATIMU". Lepas main dapatlah kad yang mempunyai nilaian yang BEST. Rasanya ada kad yang berwarna GOLD tu kira dah taraf VIP ler.
Sentiasa penuh kat tempat Animal Kaiser. Kekadang kena tunggu kalau nak bermain. Iskh :(
Lebih kurang macam nilah kena lawan-lawan, guna strategi. Kena pandai pilih haiwan mana yang kuat berbanding pihak lawan. Kekuatan berdasarkan ciri-ciri yang terdapat di haiwan tersebut.
Ni antara kad-kad yang BEST berjaya dikutip.
Ini lagi...
dan lagi..

Saperlah yang mencipta permainan yang tak merangsangkan minda tapi menjadi ketagihan bebudak belum akil baligh? Tension betullah! Kalau ada mesin SUDOKU lepas tu dapat kad-kad macam ni ada gak faedahnya. Tapi peminat Animal Kaiser siap ada grup lagi dalam forum dan FB. Ni kiranya permainan antarabangsa yang mempunyai ramai peminat. Dan saya peratikan peminat tegar Animal Kaiser siap ada 2-3 buku koleksi kad, pehhhhh. Gila banyak tu! Anak saya ada beberapa keping kad pun saya dah STRESS tengok dowang main, hahaha.

p/s: Anaqi sanggup kumpul duit belanja setiap hari sebab nak main dan collect kad Animal Kaiser banyak-banyak. Hmmmm, tak kuasa deh!

Animal Kaiser Menjadi Kegilaan Anakanda Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 30, 2012 Rating: 5

4 comments:

  1. sungguhla i tak tau bende alah ni mainan ape hehe

    ReplyDelete
  2. huh nasib amana kecik lagi & tak paham benda2 mcm ne tapi kalau g shopping complex mmg laju pg tempat game..perabih duit je

    ReplyDelete
  3. yg bagusnya Anaqi yg jenis susah menyimpan duit boleh start menyimpan.. selalunya berapa duit kasi akan diperabihkan demi makanan (Anaqi jenis enjoy makan)... sbb kesian tgk dia beria menyimpan nak main game so terpaksa belanja diorang lah bila main game... skali main 3 hengget, kopak lagi kehkehkeh...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.