Proton Exora Bold Premium - Pemapar LCD...

Okies... Nak update sket tentang gadget kat Exora Bold... 
See... Susunatur rekabentuk meter info Exora yg bagi sy hanya biasa2 je (i've seen better)... Ada dua pemapar LCD. Pemapar belah kanan memaparkan penunjuk pertukaran gear, odometer/trip, voltan bateri & voltan alat kawalan jauh (kunci)... Tekan butang set/set semula secara bergilir2 untuk melihat info2 (cam biasa). Manakala untuk mengaktifkan/mengubah pemapar LCD sebelah kiri kena tekan butang set/set semula melebihi 1 saat... So apa yg ada pada pemapar LCD belah kiri selain dari tolok bahanapi(fuel) & tolok suhu air?
Pertamanya, ada masa perjalanan i.e JT (journey time)... paparan adalah dalam jam & minit (hh:mm) dari mula enjin dihidupkan sejak JT diset semula. So kat atas tu menunjukkan JT ialah 54 minit...
Keduanya (yg lebih berguna), ialah jarak ke sifar i.e DTE (distance to empty)... Bermaksud jumlah jarak yg boleh dilalui dengan jumlah bahanapi yg masih berada dalam tangki bahanapi. Jika jarak kurang dari 50km maka paparan DTE akan berkelip2 dengan memaparkan "----" so silalah cepat2 g cari petrol station kalau you all tak nak menapak balik umah hahahaha...

Yang ketiga ialah purata penggunaan bahanapi i.e AFC (average fuel consumption)... Ianya mengira purata penggunaan bahanapi daripada jumlah bahanapi yg digunakan dan jarak perjalanan yg telah dilalui. Contoh kat atas tu maksudnya penggunaan 15liter bahanapi bagi setiap 100km, banyak giler kan? Memang tak ekonomi tapi jangan takut, masa tu sy banyak berhenti lepak2 tanpa mematikan enjin kereta so jarak perjalanan tak jauh berbanding bahanapi yg telah digunakan. Faham ke tak ni?
Lastly, penggunaan bahanapi semasa i.e IFC (instantaneous fuel consumption)... Seperti namanya ianya mengira penggunaan bahanapi semasa daripada bahanapi semasa yg digunakan dan jarak perjalanan sehingga IFC diset semula. Bahanapi semasa yg digunakan adalah nilai yg terkumpul dari kuantiti bahanapi yg diisi. IFC dikira setiap saat & unitnya juga sama seperti AFC iaitu L/100km... IFC hanya dikira jika kenderaan memulakan pergerakan (pic kat atas tu diambil masa tak bergerak la). Paparan menunjukkan 0.0L/100km apabila IFC kurang daripada penggunaan minima iaitu 3.0L/100km. Bagusnya? Boleh 'keep track' ngan cara pemanduan semasa & seterusnya menyelaras pemanduan untuk mendapatkan penjimatan yg diingini... Cuma jgn lupa tengok jalan kat depan juga weh! :P

Bagi Exora Bold 1.6 CFE ni Proton meletakkan FC pada 8.3L/100km @ 90km/j... Maksudnya pada halaju malar 90km/j barulah memperolehi penggunaan bahanapi 8.3L bagi setiap 100km ek? So betulkah? Sepanjang perjalanan balik kampung 400km plus sy memperolehi AFC pada 9.3L/100km... Perjalanan melalui jalan bandaran & juga jalan perkampungan serta berbukit, bebannya 2 dewasa bersama 5 anak kecil (11yo, 9yo, 7yo, 5yo & 1 1/2 yo) bersama luggage. Kelajuan sepanjang perjalanan tak melebihi 110km/j, kebanyakannya 80-90km/j... Hmmm...  So what do you think??? :)

Hermit


Comments

Popular Posts