Wajah Amani Sebenarnya Mirip Siapa??

Saya sering kali ditegur ketika mendukung Amani terutama mereka yang tidak begitu mengenali saya dan keluarga. Ada yang tanya "Ni anak sedarake?", "wajah ikut ayah dia ya?" dan macam-macam lagilah. Dah Amani kan cam putih beria dari saya yang gelap gempita, hahaha. Tapi sebenarnya anak saya semua berkulit cerah kecuali Anaqi coklat sikit since kecik2, bila dah besar panjang jadi gelap mungkin sebab dah aktif bermain di luar rumah :p
Intro: Nak tunjuk kesan LEBAM di pipi Amani sebab bermain lompat-lompat di atas tilam Tok Nek di kampung, huhu. Sampai la ni LEBAM tu masa kelihatan di pipi.
Ramai keluarga dibelah suami saya mengatakan Amani mempunyai iras dengan Umairah anak CZA dan CRAF (adik ipar saya). Cuma Umairah ni rambut die kerinting tetapi Amani hanya bergulung ikal di bawah.
Sama tak?
Tapi cam ada iras ngan Tok Nek lah!
See, raut wajah tu ada kan? Kalau ikut sejarah famili sebelah Encik Hubby dan saya sendiri mempunyai darah siam. Mak saya rasanya ada darah cina sikit + Pakistan. Hiskhh betul ke? Dan abah saya ada darah Banjar+Jawa, wahahahah... Saya ni campuran pelbagai etnik asia. Tapi kalau ada campuran jepun, mat saleh agak2 mata sebelah biru dan sebelah cokelat, cuns gak eh?

p/s: Betul ke Mak Biq dan Mak Sha kita ada campuran segala etnik seperti yang dinyatakan? Wa tahu dari mulut sedara mara ajor :p

Comments

YaYaNsMuM said…
pipi lebam...same mcm my son..lasak sgt..huhu
Mama Zharfan said…
amani ikut muka dedat rasanya hehhehe
Mama Zharfan said…
*dedet --typo error plak :p
kalau banjar mmg kulit putih macam amani ne..
Em's Family said…
rasa macam muke husband u, i penah jumpe husband u once, so i rasa memang ikut husband u