Thursday, February 23, 2012

Akhirnya Adik Faris Pergi Jua...

Akhirnya dia pergi jua..
Jujurnya mungkin saya terlewat mengetahui tentang pemergian arwah Faris Nur Daniel..
Beliau telah pergi dalam pukul 10 pagi ni...

Tapi setiap perkembangan arwah, saya memang mengikutinya menerusi FB ayahnda arwah..
Bukan saya seorang tapi ramai rakan-rakan bloggers mengikuti sama...

Kita mungkin sedih..
Tapi kesedihan lebih berat dirasai oleh ahli keluarga yang rapat dengan beliau..
Ibu, ayah, kakak dan abangnya..
6 tahun berkongsi kegembiraan dan kedukaan dalam satu keluarga bahagia..

Tiba-tiba tuhan telah uji dengan penderitaan yang terpaksa di tanggung oleh arwah adik Faris...
Sindrom HLH...Saya petik hasil nukilan Mazidul Akmal Sidik di blognya
"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah"

23 hari arwah Faris terlantar di hospital...Dan hari ini hari ke-23 dia dijemput pulang menemui PenciptaNya...Allah Akbar...
Dan luahan ibu arwah Puan Zuriani, betul-betul menyentuh perasaan saya..

"Pada mulanya, kami memang terasa berat untuk melepaskan dia tetapi akhirnya reda dengan ketentuan Allah. Faris pun barangkali berada dalam keadaan sama. Sebaik dia menutup mata, airmata kelihatan mengalir di pipinya,"....dari blog Marzidul Akmal...

Mungkin itu yang terbaik..redha dan rela pemergiaan si kecil dari terus derita sengsara melawan penyakit yang dihadapinya...

Sesungguhnya, berita kehilangan adik Faris ini mengingatkan saya banyak perkara..
* Yang sihat tidak semestinya terus kekal sihat, selagi kita sihat buatlah perkara-perkara yang baik sebagai amalan akan datang..
* Segala apa yang kita ada hanyalah pinjaman semata-sata..satu hari kita pasti akan pulangkan kepadaNya..
* Dugaan maha berat adakalanya memang sukar untuk kita pikul dan hadapi, tapi demi untuk semangat juang untuk terus hidup kita harus hadapinya..
* Jangan terlalu leka dengan kegembiraan dan kesenangan yang diperolehi, sentiasa mengingatkan diri agar lebih dekat pada Ilahi, berdoa agar diri tidak diuji sehinggakan hati tidak mampu mengatasi..

Anak itu sedang berlari,
Berlari jauh mencari pelangi,
Kebahagian dicari,
Meninggalkan sisa penderitaan di bumi,
Menjauhkan segala kedukaan orang meratapi..

Anak itu sedang berlari,
Mengutip daun-daun gugur setiap hari,
Setiap doa dipanjatkan buat si bidadari,
Ingatan tulus orang yang begitu mengasihi,
dan pasti roh anak itu setia menanti,
Kehadirian ibu-bapanya di syurga nanti.

Anak itu pasti menanti..
Dan tetap menanti...
Moga tenang rohnya di sana...


Al-fatihah buat bidadari syurga Faris Nur Daniel..







5 comments:

Mama Zharfan said...

sedeynya tgk pic tu ...
Tuhan bagi pinjam 6 tahun ajer adik faris utk ibu bapanya...dia dh jd bidadari/a syurga pun

Em's Family said...

no further comment.. i dari pagi tadi asyik mengalir je air mate ni

@e_da said...

meleleh air mata tgk pic tu .. kasih ibu ... moga roh anaknya tenang di sana. alfatihah untuk adik faris

Ummi Dania Yasmine said...

sedihnya....masa arwah mama pergi, sebelum kain kafan ditutup....i tahan airmata supaya tak tumpah kena mama.....:-( i faham perasaan kehilangan insan tersayang.....

adik faris kini ahli syurga....

mama_umar_maryam said...

=(..sgt2 xblh tgk gmbr last tuh..