Luluh Hati Saya | Anaqi Kemalangan Dan Dimasukkan Dalam Wad di PPUM

Saya try tak nak sedey masa tulis entri ni...tapi saya KALAH, saya sangat sebak dengan hati yang berkaca-kaca...my bad...my bad...adoihai..

Kejadian berlaku begitu pantas. Selepas Anaqi menunaikan solat maghrib, saya ada suruh dia makan ngan adik-adik. Saya ada masak sayur paku masak lemak (kegemaran Anaqi), goreng ikan dan nugget daging. Dalam kalut-kalut saya lepas solat dan nak siapkan hidangan atas meja....malas betul nak citer, mood giler sebak dan sedey...

Yang saya tahu Anaqi tersilap dan langgar pemegang kuali dan terjatuh minyak panas di peha dan kedua-dua tangannya....Buat pertama kali saya dengar suara Anaqi meraung dan menjerit...Sangat terkejut, die berlari ke tandas.........Encik Hubby terus amik kicap...dan Anaqi mengadu badan die panas dan pedih...Bila suasana tegang dah agak OK, saya terus siapkan Anaqi dan bawa beliau ke klinik berdekatan. 3 klinik tutup malam ni, last-last saya dan Encik Hubby decide untuk bawa Anaqi ke PPUM. Sebab dalam gelap memang tak perasan macamana keadaan Anaqi. Tapi Anaqi memang halakan tangan keduanya ke arah air cond tengah kereta.

Sampai di bahagian Kecemasan Paed, doktor tengok jer situasi Anaqi terus jer arahkan Anaqi masuk bilik emergency. Di sini doktor bagi ubat pain killer, pcm (kena timbang nak amik sukatan ubat dengan betul), monitor tekanan darah dll. Masa tu 2-3 doktor soal-siasat saya dan dari reaksi wajah mereka memang saya rasa terpukul sangat seolah-olah "Ko ni mak ke apa, macamana boleh cuai sangat!"

Lepas pendaftaran kat kaunter utama, saya kembali ke Anaqi dan dia nampak sangat sedey! Dia cakap ngan saya die tak nak duk hospital, siap nanges janji nak dengar cakap saya...Masa tu saya cool lagik. Saya cuma nasihatkannya suruh bersabar, siap ingatkan dier ni panas sikit jer kalau api neraka lagi panas. Nampak sangat saya psycho :(

Doktor yang on-call malam tu, inform saya yang tahap lecur Anaqi ini agak tinggi sebab kena minyak menggelegak atas dapur (ni lah puncanya Anaqi nak gorengkan nugget tambahan untuk adik-adik dier makan, padahal selama ni die tak pernahpun dibenarkan menggoreng dengan minyak panas apa-apa diatas dapur, saya memang tak kasi. Setakat tolong saya masak, memang saya kena ada bersama. Dan yang saya naik hangin sangat die masak tanpa kebenaran saya!). Masa tu saya cam dah berair mata.  So kena tunggu Pakar Plastik Surgery. Lama jugaklah, dekat 1 jam lebih baru sampai. So doktor pakar ni rupanya mat saleh pompuan nama dier Lilian. Baik dan lembut orangnya. Siap amik gambar kecederaan Anaqi. Lepas tu nasihatkan supaya Anaqi dimasukkan wad. Menurut doktor ni, kesan melecur Anaqi ni kepedihan dia akan datang bila-bila jer. So telan ubat tak berapa jalan tapi akan diberikan ubat melalui drip di tangan.

Anaqi nanges, die betul2 tak nak masuk wad. So saya bincang ngan Dedet since Anaqi kena cuci luka 2-3 kali sehari, tambahan pulak ada ubat tahan sakit di hospital lebih baik Anaqi duk hospital. Dan Dedet teman Anaqi untuk malam ini...

Saya cakap ngan Anaqi, "Awak abang, awak kena kuat, memang sakit bila cuci jangan meraung, tahan sikit, kalau nak cepat balik rumah"...Masa doktor cuci luka saya tengok die gunting2 kulit terbakar...terus jer saya bawa Amani keluar..Sedih sangat :( :(

Mesin tekanan darah Anaqi.
 Sedang dalam kesakitan :(

 Tangan kanan..
 Tangan kiri...
 Bacaan BP di hujung jari kaki kanan..
 Peha yang menggelupas. Kulit yang paling banyak kena gunting :(
 Hmmmm...sayu hati meliat anaqi time ni :(
Anaqi selepas dicuci tempat melecur..

Lepas habis doktor cuci luka, siap balut ngan plastik + bandage kaki dan tangannya. Anaqi tanya saya, "Mummy, macamana Anaqi nak menulis ni. Anaqi nak pergi sekolah, tak nak duk hospital lama-lama"...Saya diam jer sebab masa saya tanya ngan nurse kat situ berapa hari boleh recover baik. Dia kata amik masa. Saya sangat down. Sebab tangan sakitkan nak menulis macamana. Cuma Anaqi masih boleh bengkokkan jari-jari dier, nampak cam OK (tak tahulah kalau die menahan sakit depan doktor yang merawatnya ketika itu). Dan sebelum saya balik, Anaqi suh saya pesan kat Afiq dan Akid, "Suh makan habis nugget daging tu, sebab Anaqi dah tak nak dah....." Luluh hati saya time tu. Sebelum saya balik Afiq datang tengok Anaqi dan tiada satu perkataan yang kuar dari mulutnya yang kebiasannya sangat becok. Saya tinggalkan Anaqi bersama Dedet walaupun jauh di sudut hati berat sekali.

Dalam kereta otw perjalanan ke rumah tiba-tiba Afiq kata "Afiq dah tak nak makan nugget daging yang jahat tu"...

********************************************************

Kul 10pm doktor confirmkan Anaqi kena masuk wad dan pukul 1am baru dapat masuk wad. Punyalah lama! Saya tak plan sebenarnya sebab kalut-kalut sedangkan Anaqi ada polisi insurans yang membolehkan dia masuk wad di hospital swasta mana-mana. Tapi PPUM ni sangat dekat ngan umah, so OK jer..Anaqi ditempatkan di Bangunan Menara Timur Tingkat 5, wad P3 bilik 6, duk bilik sowang-sowang.

********************************************************

Dalam menunggu Anaqi di bilik emergency macam-macam jenis pesakit kanak-kanak yang mengejutkan. Antaranya malam tadi ada seorang kanak-kanak India mata die tertusuk pensel, memang berdarah tepi dalam mata. saya tengok pun ngeri. Dalam saya melayan borak dengan Anaqi tiba-tiba seorang bayi di bawa masuk dan diberi rawatan cpr, siap cam ada peralatan ala sterika. Terkejut giler saya apatah lagi tengok mak baby tu meraung-raung kat tepi.

*******************************************************

Amani pulak sangat lah aktif. Masa tengah pendaftaran saya tak sedar Amani menolak kerusi wheelchair diduduki nenek tua. Bukan main suka die menolak ke sana-sini. Mana ntah anak atau penjaga nenek tersebut. Saya siap bebel dan Amani boleh gelak2 manja tanpa perasaan bersalah.

Masa dalam bilik kecemasan. Amani dengan tidak sengaja menekan butang kecemasan di tempat bacaan BP Anaqi. Tiba2 bunyi alarm dan jururawat dan doktor terperanjat. Cam signal hilang nadi ke apa ntah. Siap saya nampak graph tu alih2 jadi mendatar. Bertuah betul lah si Amani ni, isk isk.

*****************************************************

Saya memang cam takleh maafkan diri saya sebab cuai. Saya tak perasan/tak sedar perbuatan anak saya yang boleh membahayakan dirinya sendiri. Dan mulai hari ni, tiada siapa boleh sentuh peralatan memasak kecuali orang dewasa dan mummy sendiri. That's new rule!

Dan Anaqi siap berbisik kat saya tadi "Mummy Anaqi rasa tak nak jadi chef dah"...
Saya balas balik "So jadilah doktor boleh tolong orang yang sakit"...mak dier yang psycho :P

Kejadian malam ini adalah pengajaran buat diri ini dan berjanji tak akan mengulanginya lagi!

Comments

kemma said…
lap air mata sy baca kak...naluri keibuan yg sma
awjan said…
Sabar yer kak ayu...cikwa doakan anaqi cepat sembuh...
Mama Zharfan said…
me nangis baca entry ni...
segalanya telah ditaqdirkan...
me doakan anaqi cepat sembuh..amiin
mama tisya said…
aduhai ngeri tgk kulit kena air panas tu..smoga anaqi cpt baik
amaniammar said…
smg dugaan ini akan dikurniakan hikmah Allah kepada kalian..

smg anaqi ank yang kuat akn bertambah sihat. I'Allah selagi dlm pantauan phk hospital, anaqi akan sembuh.
Huda said…
bergenang air mata saya baca entry ni..harapnya anaqi cepat sembuh yea..
Mummy Princess said…
Semoga Anaqi cepat sembuh.........tersentuh naluri keibuan apabila saya baca Ntri ni
intanloveamir said…
semoga anaqi cepat sembuh...byk2 bersabar yer kak...
azlina aziz said…
alamak! kenapa mata saya berair? tsk tsk tsk. saya turut rasa sedih, sebak kak. Semoga anaqi kuat dan cepat sembuh :)
madammondoq said…
kesainnya anaqi!! semoga cepat sembuh ye! anagi sure kuat tu.. ;)
~diAhOntHeblOg~ said…
alaaa...kesian die..huhu...sakit tu..xpela u..this is what we call learn from the past..xsemua org perfect kan..
tney@sunflower said…
Sabar yer kak.. semoga anaqi cepat sembuh..
yatie chomeyl said…
ya Allah sedihnya ayu...I pun nnagis sekalibaca entry ni. I doakan anaqi cepat sembuh..anaqi is a strong boy, he'll recover soon Insya Alla
tak dapat nak bayangkan...bergenang airmata i...so sad. You kena kuat untuk Anaqi yer...ibu mana tak sedih...
Cute Mum said…
sedihnya..
nak menangis tengok kesan lecur tue..
harap anaqi kuat dan cepat sembuh..
malang tak berbau kan..
ila yg baca ne pun dapat rasa apa yg k.ayu rasa.kekadang dalam kalut memasak tetiba je anak ada kat tepi..amana & arief pun mcm tue tetiba je diorang masuk dapaur..dahla jalan senyap2 tak berbunyi.lagi2 arief. jangan salahkan diri sendiri ye.. semunya kita tak pinta pun nak jadi
YaYaNsMuM said…
Mmg faham sgt apa perasaan Kak Ayu time ni...dah pnh lalui tgk anak sendiri melalui detik2 kesakitan.Hati ibu mana yang tak sayu. Takpe, semua ni ada hikmah, sabar yer.
Anonymous said…
thanks untuk entry ni.pengajaran utk saya jgk..lepas ni same2 kte berhati2 dan berjaga2
ain_nia said…
ya allah, kesiannya anaqi..
mst pedih..
semoga cepat sembuh..
eija yg mmbaca n3 ni pun terasa sedih..niat dia nak masakkan utk adik 2 dia, mana x jgka benda lain yg nak jd..
tgk pulak kulit anaqi yg menggelumbung tu,
mmg kita sbg ibu akan rasa sgt sedey moga anaqi cepat sembuh..
sedih saya baca entri ni. teringat kenangan masa adik saya kena minyak panas masa mak i habis memasak. hope you are strong to go thru this. i doakan semoga anaqi cepat sembuh yea.bagi makan pati ikan haruan, boleh lukanya cepat sembuh.take care ayu.
cpt2 baik ye abang..(aduhh,menitis airmate ni sis) , sis pon kene kuat n tabah k jage anaqi,insyaAllah cpt baik luke lecur tu
mama rifQy said…
Ya allah kak..kite yang baca pon..mmg menitik airmata.leh bayang dah macamane akak mase tulis entry ni.sabar ye kak.jangan salahkan diri sendirik.bende dah nak jadi..sedeh..dah tak leh nak komen dah..sebak!!
Lynn said…
Sedihnya saya tengok Anaqi...
sesedih saya tengok Zahin lembik kat sekolah pagi tadi..
Semoga dia cepat sembuh...

salam kenal..
birufirus.blogspot.com

Popular Posts