Nutri Month Malaysia 2012 Event | Cukuplah Untuk 3 Jam Sahaja :)

Hari minggu lepas (semalam ler), saya takde plan apapun aktiviti ngan anak-anak. Memandangkan minggu ni ada perlawanan F1 so biasanya kami akan habiskan banyak masa di rumah mak. Tapi sebab Intan Mat (rakan FB) dah roger saya suh pergi kat Karnival Nutri Month MV, terpengaruh jugaklah saya :)
Saya menghadiri karnival ini bersama anak-anak pada hari Sabtu. Lebih kurang kul 11 pagi saya sudah sampai di sana. Pada awal pagi orang tidak ramai lagi. Masuk jer kul 12 tengahari sudah berpusu-pusu orang mula masuk ke ruang karnival.
Banyak info mengenai pemakanan kesihatan di sini. Dan juga booth-booth daripada pengeluar makanan dan minuman sihat di Malaysia. Antaranya Vitagen, Yakult, Jacobs, Nestle dan banyak lagi.
Dan setiap booth memang ada pelbagai aktiviti yang menarik khususnya untuk kanak-kanak.
Ni memang maskot Gardenia. Rasanya kat mana pameran Gardenia mesti bawa maskot abe misai galak ni, hehehe.
Lepas tu ada acara kat stage. Banyak juga. Ada lah 2-3 games anak saya menyertainya.
Paling tak tahan game ni" Limbo Rock". Anaqi mengeluh kat saya sakit pinggang lah mummy main game ni :p. Ada juga acara susun puzzle, minum air Vitagen paling pantas dll.
Kesian Amani asyik duduk hanya memberi sokongan kepada abang dan kakak dier yang bz beraksi atas pentas.
Sampai satu tahap kepenatan sudah terasa. So sebelum kul 3pm kami dah gerak balik. Itu pun setelah 3 kali Dedet menelefon bertanya khabar berita. Keh keh keh.
Souvenir hasil bermain acara atas pentas. Kalau tengok aturcara, aktiviti lepas pukul 3 lagi banyak. Tapi sebab dah penat lagipun kesian Dedet duk umah sowang-sowang, haruslah balik :)

Dan hari Ahad lak saya dan anak-anak terjebak dengan satu event lagik, Dedet pulak terjebak ngan F1 dier... hahahah (next entri wokeh!).

Comments

kak ayu taktaula nak cakap.. kak ayu n anak2 mmg energetik betullah
Mama Zharfan said…
memang ratu event hehheh
terjebak sokmo dengan aktiviti yer...tapi syok gak dpt goodies tu ha....
Em's Family said…
rajin sungguh la kawan ku sorang ni, kalau ade event cam gini, let me know yer walaupun belum tentu nak pergi ke tak

Popular Posts