Tuesday, June 5, 2012

Main ATV di Pantai Irama, Bachok

Selain dari bershopping menghabiskan duit suami, jejalan di pantai juga antara aktiviti yang digemari anakanda2 terchenta. Setiap kali balik KB kami akan datang bermain pasir samada di Pantai Cahaya Bulan (dulunya Pantai Cinta Berahi, dah tak berahi lagik?) ataupun di Pantai Irama...

Tapi pengalaman lepas pergi ke PCB tak semenarik mana. Mungkin sebab die tambak persisiran pantai dengan batu2 besar, makan "colek" kat situ pun tak berapa "shodap". So ke Pantai Irama di Bachok penyudahnya.

Last2 anak2 saya + sepupu mereka Adlyn + Pak Su (a.k.a Rais) main ATV kat situ. 15 minit 15 hengget, dowang main 30 minit, sewa dua ATV. Main ler, malas mak nak masuk campur.
Saya duk kat tepi sambil berborak2 ngan adik yang mengendalikan bisnes sewa ATV ni. Adik ni buat part time jer bisnes ni rupanya. Menurut adik yang peramah ini (keluarga memang buat bisnes macam2), dowang hanya bukak bisnes ATV untuk hujung minggu dan cuti sekolah jer.
Dedet test dulu... "Ok... All set, clear to go"
So meh layan aksi anakanda merempit ngan ATV bersama Pak Su nyer sekali...
 Anaqi yang paling beriya2 nak main, dapat je terus buat cam reta sendri...
Saya ngan Amani tumpang bergambar ajer. Idakler begitu extreame nak bermain tengah panas. Wa puteri lilin kek, hahahaha. Oklah, janji anak2 gembira :)



9 comments:

yatie chomeyl said...

eh xtahu pun ad ATV kat pantai irama..nampak sgt dh lama x kelik kelate hihihihi

yumielufya said...

selalu g pantai irama tap tak rajin pun sruh anak2 main benda ni..akk rumah yumie dah dekat dah dgn pantai irama..dlm 1o minit je..sayangnya Yumie bersalin..kalau tdk dah boleh jumpa kat pantai tu kita..

Aishah Megahasz said...

Menarik je ni.... dok plan nak pergi Kelantan minggu depan. Kalau jadi bolehlah singgah main ATV. Budak2 mesti suka.

Hermit said...

@yumielufya,

la... ayu ada ajak pergi jumpa kawan dia yg baru bersalin... tapi i cam malas so ckp tgk ler dulu... dia tak citer pun u dok area bachok... hehehe... sori2...

Zuraida Rahim said...

Ni betul2 kat kawasan pantai ker? selalu balik kelantan x pernah nampak ada ATV pun

AyuArjuna BiGoshh said...

zuraida--- ada tapi tak selalu..tiem weekend dan cuti umum seperti cuuti sekolah :)

-gedek! said...

dulu uncle pernah ke pcb ni naik basikal je dari kb

admin_atvlangkawi said...

SALAM TUANPUNYA BLOG... jika ada kelapangan jemput jenguk ke blog kami. For info , sy yg operate ATV kt Pantai Irama Bachok tu. TAPI kami telah pindah operasi ke LANGKAWI Ujung DIS 2012. Jika ke Lgkawi, Sy happily akan bawak tour dgn ATV ronda G.RAYA,SAWAH PADI,KILANG MOZARELLA CHEESE, Lubuk Semilang Waterfall & byk lagi.. Now, kita ada ATV VERSI 2 seater.. TQs for yr support masa kami operate di Bachok ..

admin_atvlangkawi...
atvlangkawi.blogspot.com

Ah Ann said...

How much ?