Makan2 di FUKUHARU | Ahem Guna Voucher :)

Hari tu, tidak lama dulu (lama gaklah). Saya ada menang dari FB Watson (special gift originalo). Yang mana ianya adalah buku voucher yang kita boleh pilih 2 aktiviti yang nak sertai. Contohnya memandu kapal terbang ringan 20 minit, masuk sangkar ikan jerung di KLCC, kelas YOGA, Kelas tarian, SPA, rawatan muka dan juga pilihan restoran-restoran terbaek. Kena pilih 2 tapi saya baru pilih satu--> makan makanan Jepun di Fukuharu Japanese Restaurant Jalan Ampang.
Tapi disebabkan makan-makan hanya diberikan kepada 2 orang sahaja, maka saya dan Encik Somi sebulat suara memilih kanak-kanak bawah umur yang biasanya FOC bila makan kat kedai mahal. Hahahahaha. So yang terpilih dikalangan anakanda tak lain tak bukan--Amani dan Afiq... Suka depa ya sebab bawah umur still bawah ketiak mak pak :)

Ada 8 jenis hidangan yang kitaorang terpaksa telan :) Antaranya seperti...
 Zensai--> Saya paling suka yang ni, sushi yang paling sedap saya makan setakat ini.
 Sashimi--> Cendawan shitake, cam masin jer, hehehe
Yakimono--> Pehh salmon mentah, dua set diorang kasi. Saya boleh telan satu keping je. Selebihnya Afiq dan Dedet. Amani lagi dahsyat siap ludah balik lepas makan, hahahaha.
Apakah nama ni? Tapi... saladlah. Sedap jugak :)
Osuimono soup--> Saya minum 2 cawan kecik pun dah kenyang. Dedet habis satu teko ya, diorang kasi 2 teko :)
 Isi-isi dalam sup yang dikeluarkan dari teko. Macam-macam ader.
Shokuji--> Ikan yang digoreng ranggup cam kerepek. Lepas tu ada bahan yang sedap ditabur atasnya. Saya makan 1/4, Afiq dan Amani 1/4 lagi 2/4 (1/2) Dedet perabihkan. Tapi siyes sedap!
Ni rupanya macam tauhu lembut tapi hakikatnya ianya adalah telur yang di steam. Rumit gak cara penyediaan masakan ni. Nama menu ni Nimono (cam nama anak dara Jepun lak, heheh)
Agemono--> Mee sejuk bersama bahan sayur seewead, ketam, telur dan banyak lagi. Memang pelik sebab rasanya sejuk sangat tapi sedap jugak.
Ni dessert--> Paling diterima oleh tekak saya walaupun ianya berperisa green tea :)
Saya dan chef yang menyediakan masakan kami. Brother ni ada warung nasi lemak kat Bukit Bintang, selain itu beliau juga pengusaha Kafeteria kat UniKL. Tapi memang terror masak masakan Jepun, orang melayu (Perak) kita ya!
My somi nilah paling pemalu nak bergambar. Paling kurang bergambar dalam keluarga adalah beliau. Sik baek anak2 takde menurun perangai beliau sebab semuanya giler bergambo!
Four of us... Another 3 kat umah nenek ya :)
Tapikan saya ni jenis perut masakan melayulah. Susah gak nak telan makanan yang memang luarbiasa dalam hidangan harian. Berlainan ngan Dedet, beliau suka sangat masakan Jepun. Siap perli lagi kat saya ya "Lepas ni nak singgah mamak tak?" hahahaha. Nampak sesangatlah kan bini tak kenyang :p

Comments

Ezna said…
Ayu, cantiknyer tudung u tu. Leh pakai dengan macam2 kaler baju. Hehehe :-) Errr salmon mentah? I cannot take it. Nanti i jadi cam Amani :-)
ila pun kalau pelik2 mcm takut2 nak makan kiki. tak adventurous langsung
ezz--tq utk org tu yg tlg belikan..hhhahaha

ila- samalah kiteeee
Mama Zharfan said…
me & hubby memang tak mkn mskn jepun hehehe
ADEEYA said…
Heheheh :D me like masakan jepun tp my family yang lain tk makan :/ perut melayuuu
intanloveamir said…
sy pn xminat masakan jepun..nk kena cari gak sambal belacan...hehehe
agaknye kl sy mng voucher nih mmg saye sorg jelah telan sumer2 tuh,hahaha

Popular Posts