Variasi Sajian Jelita Bersama US Potatoes | Belajar Masak Deh!

Entri sepatutnya lama dah naik..cam ala-ala dah basi jer. Kak Ina KL dan Kak Lily dah lama duk tayang gambar event ni kat blog depa. Saya lak baru terhegeh menyiapkan entri. Don't ask me why? Hahahaha. Selain dari faktor masa (ececece) yang sangat mencemburui,  bz ngan keje jugak antara punca utama :) Nak buat macam mana dah namanya makan gaji--kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, hik hik. Dah macam citer ayam lak ni.
Minggu lepas punya story ya. Saya menyertai bengkel masak bersama Jelita (itupun sebab menyertai Peraduan Air Tangan Ibu). Teruja jugak sebab kali ni dapat belajar dengan Dr. Shahrin, seorang pakar masakan dari UPM.
Cantikkan ruang masak macam ni. Berangan nak ada ruang da[ur macam ni. Tapi kena tunggu Dedet beli banglo sebijik dulu ya :p
Dapur yang cantek dari FOTILE. Dan harganya pun memang cantek :) Rabak seluar laki den kalau minta set dapur ni, heheheh.
Goodies bag untuk para jemputan....beratur panjang.
Penaja utama Cik Puan Kentang dari US.
Ameera dari team Jelita selaku MC pada hari tersebut,
Dr. Shahrin yang masih segak bergaya.
Aksi Dr. di dapur ya. Hmmm, lebih kurang Chef Wan gak doktor ni, jenis banyak cakap tak berhenti-henti. Tapi seronok lah dengar celoteh sambil tengok demonstrasi memasak.

Ni masakan yang paling besh "Puding Kentang Potato USS Bersama Coklat". Siyes makan sejuk2, peh terasa penuh kenikmatan. Saya pasti cuba sendiri satu hari nanti. Erkkk esok lusa, tulat tahun depan boleh jadi, hahahah.
Selain ada demo masak, diselit juga acara Penyampaian Hadiah ala2 dekorasi rumah tercantek dari MAjalah Anjung Seri. Iniadalah salah seorang pemenang yang merupakan artis cina di Malaysia dan suami kepada seorang model yang agak ternama di Asia. Lupa dah nama model tu, tapi itu yang diberitahu oleh pengacara majlis.
Ini adalah pemenang utama. Ekceli yang menang anak dier (yang pakai tudung gold). Seorang arkitek kalau tak silaplah. Tapi rata-rata yang menang memang dikalangan arkitek, interior designer. Mestu rumah dowang ni cantek2 kan.
Ada makan-makan. Mana boleh melepaskan peluang mengisi perut, hehehe.
Saya, Kak Ina KL, Kak Lily dan Dr Shahrin bergambar kenangan. Gambor jer tak masuk frame bergantung, heheheh.
Yang ni hasil air tangan Kak Ina KL. Nampak snagat sedap kan :)
Sambal udang yang gorjes dari Dr. Shahrin


Goodies...dapatlah kentang-kentang, voucher FOTILE RM1K, tapi harga barang yang boleh dibeli semua lebih 2K, huhuhu dan macam-macam lagi.

Apapun saya seronok join event ni, banyak tips dan informasi cara memasak masakan ringkas dan sedap. Moga dapat dipraktikkan ilmu ini dalam menyediakan hidangan yang best-best ntuk keluarga, insyaAllah

Comments

Mama Zharfan said…
beshnya attend event gini ;)
voucer fotile 1K?
akak ila amt memerlukan utk membeli barang dapur
nak jual kat ila tak? ekeke
jual muarah2 udahle
tapi barang fotile tue mahal sangat ke?
Falsya said…
wahhh..serious best dpt join event cenggini..makanan mmg betul2 menggoda..
fuyoh..best btol,dpt blaja masak,makan2..mmg sedap benor tgk kak ina masak tu
awjan said…
Ada resepi puding kentang tu tak?nak.... Ehehe..tu list makanan yg nk dimakan lps abeh pantang...
awjan said…
Ada resepi puding kentang tu tak?nak.... Ehehe..tu list makanan yg nk dimakan lps abeh pantang...
Wansteddy Tales said…
wan mmg xrajin nk join event. besh tgk entry kak ayu, mcm2 event ada :)
Em's Family said…
rajin la u pergi event2 ni .. :) voucher tu tak dak satu bende pun ke yang bawah rm1k.. bunyi dah sedap dah

Popular Posts