Monday, July 23, 2012

Citer-citer Pasal Di Awal Ramadhan

Gambar sekadar hiasa, tiada kena-mengena ngan tajuk entri, hehehe

Citer hari kedua berpose, hari Ahad :)
  1. Pagi-pagi pergi pasar carik lauk untuk seminggu---beli ikan, sotong, ketam dan sayur-sayuran.
  2. Lepas tu bawak anak-anak gi jejalan kat Giant KJ
  3. Terawih kat Masjid TTDI, meriah sangat ramai betul orang sembahyang terawih kat masjid ni + moreh pun shodap, ada mee sup, kuih muih+ air panas pelbagai :)

Sekejap jer rasanya berpose satu hari. Anak-anak yang lain setakat ni masih berpuasa penuh. Kecuali Amani dan Afiq . TApi Afiq masa hari Sabtu puasanya jejak juga pukul 1pm. Hari Ahad (hari kedua) tak  makan langsung cuma minum air pukul 11 pagi dan pukul 3pm. Sebab pose saya tak masak cuma makan apa yang dapur tu Afiq tak berapa nak makan. Kalau ikutkan sejarah abang dan kakak, My Yana dan Akid start puasa penuh masa usia 5 tahun. Anaqi pulak 6 tahun. My Afiq cam nampak tak berapa tahan, tu yang biar jer ikut die rasa nak puasa ke tak.

Cuma yang BEST untuk anak-anak berpose ni, die suka pergi bukak pose kat masjid. Meriah kononnya. Hari minggu bolehlah, hari biasa tak kuasa Dedet nak bawa (dedet lebih selesa makan kat umah sebenarnya).

Hari ni Akid dah siap pesan kat saya, "Mummy, tak yah kasi duit belanja sekolah ya. Nanti bila raya mummy kasi semua jumlah duit sekolah terkumpul dengan duit raya sekali"....Amboiiiiiiii

5 comments:

Em's Family said...

menarik betul cadangan tu, rasenyer sebab kalau bagi sekali rasa macam duit raya lah kan.. bagi tiap2 hari tak rasa jumlah dia.. pandai sungguh

Mama Zharfan said...

bagus ur kids jenis kuat tahan berpuasa..my zharfan ari ni puasa..dia selang seli :)

Falsya said...

kalau area2 TTDI ngan damansara utama mmg makanan semua best2kan..hehe.

Ezna said...

wahhhhh :-) dania 1st bagai tak tentu arah..teruk bebeno...hehehe

Ezna said...

****1st day