Exclusive Invite: DISNEY JUNIOR New Show Preview & Children's Health Talk

Yeah, we gather again :)
Kali ni di Fit For 2 di Bangsar Village 2.
Majlis yang dihadiri seramai 15 bloggers yang oseeeem, memang meriah :)
Selain daripada tontotan preview citer Doc McStuffins yang akan ditayangkan di saluran Disney Junior (613). Kami juga telah diberi penerangakan tentang bagaimana menghadapi situasi kecemasan sekiranya berlaku pada kanak-kanak oleh Dr. Yong Junina yang glamer iteww.
Siyes, sangat best dan begitu bersahaja cara penyampaian Dr. Yong. Walaupun ringkas tapi banyak ilmu berguna mengenai penjagaan kanak-kanak yang dapat saya kutip sepanjang berada di situ. Antara yang menarik minat saya mengenai bagaimana nak menjaga anak kecil yang demam, cara melakukan pernafsan CPR yang betul (sekiranya anak tercekik), bagaimana menghadapi situasi anak yang terkena benda panas (air, minyak) dan banyak lagi.
Macam biasa setiap majlis pasti ada disediakan pelbagai jenis juadah untuk mengalas perut, hehehe.
Cantekkan? N i agar-agar cendol.
Saya bersama dengan Dr Yong Junina. Kalau ada saper2 yang ada kemusykilan atau sebarang persoalan mengenai kesihatan kanak-kanak. Bolehlah hubungi beliau di sini...
Consultant Pediatrician
Klinik Pakar Kanak-Kanak Junina
11A-1 Jalan PJU 7/7A
Mutiara Damansara
47800 PJ
Tel: 03-7727 9154
Goodiesssssss :)
Sangat suka dengan isi di dalam first aids kecik ni, huhu.
Yeay... We're mama bloggers!!

Sedikit review mengenai citer Doc McStuffins:-
Doc McStuffins ialah siri baru yang menggabungkan impian setiap anak kecil agar permainan mereka dapat hidup dan membawakan pengajaran penting mengenai kesihatan dan kesejahteraan diri. Tayangan perdana siri animasi yang penuh imaginasi ini bakal bermula siaran pada 9 Julai, 9.30 pagi di Disney Junior (ASTRO Channel 613) dan mengisahkan pengalaman Doc, gadis berusia enam tahun yang cuba merawat dan membetulkan semua haiwan mainan dan permainan yang rosak di rumah dan kejiranannya.  

“Doc ialah gadis yang mahu ‘pesakitnya’ sembuh dan sihat. Ini menjadikan dia seorang model ikutan terbaik untuk kanak-kanak dan diharap dapat membantu mereka mengaitkannya dengan doktor mereka sendiri supaya mereka tidak lagi takut ketika sesi bertemu doctor,” tambah beliau.   

Doc McStuffins akan disiarkan setiap hari minggu di Disney Junior pada jam 9.30 pagi dan 8.00 malam.

Mengenai Disney Junior:
Siri baru Disney Junior yang menumpukan kepada pembelajaran mencerminkan pertalian emosi yang ada pada pelbagai golongan pengguna dengan siri penceritaan dan karektor Disney dalam siri klasik maupun kontemporari. Program Disney Junior menjemput ibu dan bapa menyertai anak mereka dalam pengalaman ajaib Disney, muzik, cerita dan karektor yang menambat hari, pada masa yang sama menggabungkan pembelajaran khusus dan peningkatan tema yang dicipta untuk kanak-kanak pada umur 2-7 tahun. Siri kartun dan aksi secara langsung Disney Junior menggabungkan konsep penceritaan yang tiada tandingannya dan karektor yang amat diminati oleh kanak- kanak untuk perkembangan diri termasuk matematik, kemahiran bahasa, pemakanan dan gaya hidup sihat serta kemahiran sosial. Laman web rasmi ialah http://www.disneyjunior-asia.com.      

Overall, memang BEST, jangan lupa tonton uolssss!!!!!!

Exclusive Invite: DISNEY JUNIOR New Show Preview & Children's Health Talk Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 06, 2012 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.