My Amani Terjatuh Berlaku Pendarahan Di Tepi Mata

Bunyi seriussssssss jer kan...hmmm

Al-kisah di notti Amani duk bukan main die melenjan melompat-lompat kat katil saya malam tadi. Turut menyertai beliau adalah si Afiq "partner in crime". Tengah syok melompat walaupun mulut saya ni bising membebel dari bilik air"Jangan lompat nanti jatuh. Malam kang nak tido gatal badan kang" . Abis jer ayat, dengar suara Amani menangis, jatuh dari katil rupanya.

Sekejap jer dia nanges. Lepas tu terus die sambung bermain kat ruang depan. Masa ni saya duk siap-siap mengemas meja makan. Tiba-tiba dengar suara Dedet mengomel "Kenapa kat tepi mata Amani ada darah...mummy mummy"...Adeh, mak dier juga kena bersoal jawab pasal kejadian yang tidak diketahui status sebenarnya.

Saya bawak Amani kat bilik air, "Ya Allah!" Banyak juga darah sampai ke rambut. Saya cuci kawasan yang ada kesan darah. Lepas tu letak minyak gamat kat tempat luka. Nampak luka tak adalah besar mana, cuma agak dalam sikit.
 Ni wajah budak notti kesayangan mummy.
 Ada sekit bengkak kat kawasan luka. Tapi kat baju ada lah setitis darah (hehehe).
Bukan main suka Amani sebab diletakkan ubat kat luka. Pelik? Saya letak sikit jer takut ada kesan panas. Tapi my Amani duk bising mulut dier "Nak agi, nak agi..nak agi"...

Pagi ni masa nak antar gi sekolah Amani mengadu ngan saya "Ammi,akit akit"..Duk tunjuk tempat luka. Saya tanya die balik "Betul ke sakit?"...Amani jawab "Aaaah, na nak gi school"....(tak nak pergi school)

"ya ke Amani sakit.............." Saya tanya Amani balik...
Sambil sengeh tengok muka Amani..
Die terus pandang kat cermin kiri Exora (mengelak tengok muka saya)
Sambil jawab apa tau..."cah mak non"...hahaha (acah mak enon)
mana ko belajar ni dik oiiii!

Comments

Mama Zharfan said…
hhehhe cutenya siap2 acah2 lg tu :)
yumielufya said…
lain kali jgn notty notty ya Amani..kan dah darah..Mama dan dedet jugak yang susah...
azelyusoff said…
alahai comelnye Amani ni. pandai pulak acah2 mak enon
Liz Rohaizat said…
acah mak enon? hahahaha... comel giler!!!
ADEEYA said…
Hehehe boleh pulak nak lagi ek letak ubat luka tu hehehe siap main acah2 lagi . Strong lil girl hehe :)
Cute Mum said…
hehe.. amani notty yer..
dania pon panggil uyun "ammi".. rasa kelakarlah pulak.. daddy die kata nie belajar dari org kampung uyun.. (perli sebab jiran berdekatan india)
intanloveamir said…
siap senyum2 lg yerr...;)))
mama amana said…
kiki.. cah mak non tue yg tak tahan tue
Ezna said…
cah mak enon? heheheh funny !!!

Popular Posts