Rumah Oh Rumah...

Kisahnya semalam (Khamis), masa tengah drive balik ofis melalui satu taman perumahan... Terdetik nak masuk singgah, lama dah tak survey rumah so singgah ler jap :)
Terus pergi showhouse, jumpa Property Consultant & tanya rumah teres dua tingkat ada lagi ke? Fasa berapa? "Err.. bang, kat perumahan ni semuanya rumah Semi-D je, 300 unit. Takde teres"... Eh? Tadi kenapa masa masuk nampak cam teres? Dah bertukar? Ajaib? Apa punya rabun la, kuikuikui... Ok lah dah 'termasuk' tanya je la, katanya sekarang dibuka Fasa 5, 2 tahun lagi siap, Fasa 1-4 semua dah abis... Tanya lak rega (paling penting!)... "Dari RM1.138Million bang..." 
Jaw dropped (sebijik cam pic cuma takde la kuar hingus haha)... Terus smash dak tu... Apa punya mahal la? bukannya dalam pusat bandar, tempat ni dah kira outskirt haper?... "Ok la bang, tanah luas mah. Ada 5 + 1 Bedroom, 5 bathrooms, lagipun bukan jauh sangat ngan bandar lebih kurang 10km je. SPK sebelah sana jual RM1.3Million"... Actually 12km la dik, macam ni abang mana mampu... "Saya pun tak mampu gak bang, hahaha"... Abih la camni, skang rega umah zaman sy camni, esok zaman anak2 sy tak tahulah berapa? Lagipun ni baru Semi-D bukannya Banglo... 
Dah abis merepek2 kat groundfloor terus naik tingkat atas tinjau bilik2, semua bilik kat tingkat atas kecuali bilik maid kat bawah... Lupa lak nak ambil pics tingkat bawah. Ni Master bedroom...
Memang cantik weh... Di tambah ngan dekorasi yg amat sesuai...
Sebelah bathtub ada tingkap, tujuannya? Supaya sy leh ngendap bini sy mandi hahaha...
Ada tempat shower gak... Memang luas bilik mandinya...
Wardrobe yg bersambung ngan master bedroom & bilik mandi tadi... 
Ni living hall tingkat atas, dah di 'renovate' tambah tingkat... So jadilah 2½ tingkat, bagus gak leh buat simpan barang/ stor kat atas :)
Bilik yg bersambung dengan master bedroom, buat bilik baby memang sesuai...
Katil baby... Takde maknanya... Anak2 sy dah besor :P
Suka bilik ni, dekorasi sangat sesuai untuk anak2 bujang sy... TV tu letak Wii leh main game bapak tumpang sekaki wohoho...
Bestnya bilik ni bumbungnya tinggi, so di sini dah diubahsuai dgn meletakkan katil di bahagian atas... So lantai jadi luas untuk bersantai... Memang suka sangat... Bilik anak dara lupa lak nak ambil gambor, adeh...
Paling besh... Pakej rumah ni termasuk pilihan untuk membina 'Swimming Pool' kat belakang rumah...
Ataupun "Designer Courtyard".... Boleh pilih salah satu... Bagus gak, memang menarik... So seperti biasa sebelum balik mesti tanya harga rumah showhouse (kuhnon2 nak beli haha)... "Rumah ni termasuk barang2 semua & 'renovation' yang dilakukan lebih-kurang RM1.7Million bang".... Ok dik, terima kasih banyak2 sebab layan abang, abang balik dulu ye nak check piggy bank. Tapi rasanya memang tak cukup nak beli pun hahahaha :P

Hermit
Rumah Oh Rumah... Reviewed by Hermit on July 27, 2012 Rating: 5

9 comments:

  1. patutlah mahal...tp memang cantik dah luas

    ReplyDelete
  2. memang cantik.. sebab tu harga cantik.. sampai bersara tak mampu beli dengan harga tu.. huhu

    ReplyDelete
  3. kalau melayu, bisnessman or org politik ajer mampu kot, kalau mkn gaji, kena dua2 jwtn professor/JUSA baru mampu nak by bulan2...

    ReplyDelete
  4. hurmmmmm umh tak smpai 400 k nie pun sangap nk byr

    ReplyDelete
  5. hanya mampu TENGOK je.

    klu jadi beli, sila beritahu ye. nak terjun swim' pool ituuuu.. ;)

    ReplyDelete
  6. mmg mahai kak.. kadang2 rasa harga tak masuk akal je.. tapi rumah akak tgok tu mmg lawa suka...

    baru2 ni saya survey rumah, the best price saya jumpa terrace rm360K huhuhu terus sambar.. sbbnya tahu susah nak jumpa yg murah lagi

    ReplyDelete
  7. macam me yg tak keroje harapkan cik somi je...tak mampu den!!!

    ReplyDelete
  8. aduhai rumah skrg ni mahal berdentummm

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.