Monday, July 30, 2012

Terkejut, Terkesima, Rasa Marah dan Takziah Kepada Keluarga Arwah Syaleza

Sedutan dari berita ON9
Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.
Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.
“Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di sini.
PANAS!!!!!!!! hati saya membaca berita ni. Memang hari ni saya sibuk tapi saya tetap memBZkan diri baca segala laporan mengenai kes kejadian. Pada mulanya memang agak pelik..Mana taknya mula2 dikatakan arwah bergaduh ngan suaminya dikatakan punca sebab balik lewat. Jiran sebelah rumah ada dengar mengenai pertengkaran tersebut. Lepas tu dikatakan arwah merajuk, lari masuk bilik dan menguncinya dari dalam. Lepas tu ada isu status BBM "Sabarlah duhai hati"...Konon2nya laki die nak ajak arwah berbuka tapi pintu terkunci dari dalam lalu dipecahkan dan nampaklah bini dier tergantung kat kipas.

Saya macam terfikir...kejadian tu berlaku sebelum kul 7pm takdelah lewat sangat kot. Adakah betul2 punca sedemikan yang mereka bergaduh besar. Arwah ni bekerja di TV9 Eskutif Pentadbiran mestilah orang berpelajaran dan biasa terlibat dengan kerja mengenai berita-berita dunia dan tempatan. Mesti arwah rasional sebelum membuat apa-apa tindakankan? Bunuh diri dengan menggantung diri.....???? Jarang benar orang melayu kita menggantungkan dirinya. Bangsa lain wallahhualam.

Saya sedih. Sangat sedih. Hilangnya seorang ibu kepada anak kecil yang berusia 2 tahun. Angkara siapa kita tak tahu. Mungkin juga orang yang terdekat seperti suaminya. Itupun tak pasti. Tapi.............

Kita tunggu dan dengar berita esok :( :(

Al-fatihah buat allahyarham Syaleza Jaffar....

10 comments:

♥fie yasmin♥ said...

betol2.. tapi polis dah tahan seorang ahli keluarga terdekat kan.

Chekgu Azrine said...

mungkin jgk suaminya.. dengar berita..keluarga terdekat dh ditahan..mgkin jgk husbandnya.. walahhualam..

al-fatihah utk arwah..

Ezna said...

ketua polis negara ni cam adik bradik bos i dulu kat Kontena Nasional. Muka sama doh. Nama Tun Ali Tun Hamzah!

Huda said...

alfatihah untuk arwah. Tapi entahlah kan, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui segalanya..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mmg polis tahan suamindia. berita kul8 tadi.

Myvitrd said...

sangat sedih dengan berita ni.. sebab arwah dan suami beliau adalah kawan baik saya.. so sangat terasa dengan apa yg berlaku.. hope tiada andai atau fitnah yang tersebar.. biarkanlah pihak polis yg menyiasatnya.. dan berikanlah keadilan kepada keluarga arwah.. alfatihah

Mummy's Luv & Life ~ Airis-Arissa said...

apartment dia blakang apartment saya jer. tapi brita kluar baru tau

Mama Zharfan said...

suaminya dh kena tahan reman..unless he's got alibi, all evidences menjurus kpd suaminya sbg suspek kes bunuh...moga2 keadilan dpt ditegakkan WA

mayangsayang said...

sedihnyer dengar berita ni lagi2 tengok gamba dia ngan anak dia yg comel tu ..

Nana said...

saya baru tau cite ni
semalam xsempat nk baca