Huhu, Cam Termalu Sendiri Bila Melihat Muka Di Harian Metro Hari Ni

Suratkhabar Metro Hari ni 5 Septermber 2012. m/s H7
Ada berita tentang Planta, tapi kisah saya akan keluar hari Jumaat ni (adoihai, hahahaha)
Tapi paper hari ni ada terselit gak, muka saya bersama semperit hehehe.
Ekceli, kemenangan ni bukannya mempertaruhkan resepi ya, tapi cerita kenangan bersama Planta :)
*Mode malu-malu anak kucing , hehehehe
1,000 hantar resipi
SEBUT biskut semperit, fikiran terus terkenangkan keenakan dan kelembutannya yang seolah-olah cair sebaik dimasukkan ke dalam mulut.
Untuk membuatnya, rata-rata orang menggunakan marjerin Planta kerana ia lebih enak, harum dan memberikan warna menarik.
Sememangnya Planta dan biskut warisan turun temurun masyarakat Melayu ini bagai irama dengan lagu, jika dipisahkan ada resipi yang boleh ‘pincang’.

Sehubungan itu, selama sebulan sepanjang Ramadan lalu, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd mengadakan peraduan Planta Warisanku, Inspirasiku yang mendapat sambutan hangat dengan hampir 1,000 penyertaan.


Penghakiman dibuat berdasarkan kisah menarik dalam tradisi menyambut Ramadan dan Syawal bersama Planta.
Semua pemenang Peraduan Planta Warisanku, Inspirasiku masing-masing menerima hadiah bara–ngan kelengkapan rumah seperti peralatan dapur daripada jenama Tefal bernilai RM15,000 dan produk Planta.

Menurut Pengurus Jenama Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Quzairy Ahmad
Ruhaimi, peraduan itu memberi fokus kepada sajian tradisi yang diperturunkan daripada generasi ke generasi, sesuai dengan reputasi Planta yang sudah berada di pasaran di negara ini sejak lebih 80 tahun lalu.

Malah peraduan ini juga suatu penghargaan kepada orang ramai yang menjadikan Planta sebahagian daripada bahan utama dalam sajian mereka terutama tatkala menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Berdasarkan keunikan resipi dan kisah tradisi yang menarik, enam peserta bertuah dipilih dari seluruh negara. Mereka yang bertuah adalah Norlinda Ahmad (936, Jalan S2 G18, Garden Avenue, Seremban 2, Negeri Sembilan); Noor Jehan Abdul Gaffoor (Blok H, 202A Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor); Safrina Sharif (41, Jalan TPP1/2, Taman Pinggiran Pelangi, Rawang, Selangor); Sarimah Kardi (P10, Kampung Haji Ghaffar, Batu 6, Yong Peng, Batu Pahat, Johor); Azatulsheeda Mohd Azman (G-20-1B, Jalan Prima Saujana 2/B, Prima Saujana, Kajang, Selangor) dan Ayu Rafikah Mohd Amin (Jabatan ICT, Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa, Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor).

Tahniah diucapkan kepada pemenang dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta. Ikuti kisah menarik di sebalik keunikan resipi istimewa pemenang yang akan disiarkan dalam ruangan Ayu, Jumaat ini (7 September).

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/05




     

Comments

mummy_ayu said…
wah...glamour tu..congrats & good luck dear!!
Myra Jay said…
Tahniah kak... ;)

Glemer nanti 1 kampung :)
Nur Misnan said…
hoho... tahniah sis.. boleh antor semperit ke Brunei
Mama Zharfan said…
congrats!! hadiah yg sgt besh tu!!
kemma said…
amboii makin glamer la sis..hihi
nmpk tefal blkg tu..beshnyerr!! sis jgn sedey2 yaa (bc status fb sis arini)
akuzle ayu said…
Uhuiii! Glamms.. Semperit neh kalo x pandai buat, x sedap kan3?
al-lavendari said…
tahniah .. apalah agaknya hadiahnya ?
Wah glamer...Tahniah..
Hadiahnya tu besh giler..
- zuriey - said…
congrates2..rezeki melimpah ruah