Wednesday, September 19, 2012

Tersalah Kenduri Kahwin, Selamba Badak Makan Tanpa Malu

Hari Ahad lepas check out jer dari hotel, terus saya ajak Dedet pergi kenduri kahwin officemate saya, Cik Jimah. Sepanjang berada dalam keta tak abis2 saya mention nama Cik Jimah, dan memang saya ingat lagi perbualan saya dengan Cik Jimah mengenai majlis perkahwinan beliau. Saya terus ajak Dedet ke Intekma Seksyen 7, berialah kami mencari dewan kat situ. Jumpa satu dewan yang memang ada majlis kahwin, berdekatan dengan dewan tu ada sebuah rumah buat majlis kahwin. Kompius gak tapi saya konfiden jer ajak Dedet pergi kat dewan. Masuk dalam dewan sorang pun saya tak kenal. Dahlah kat majlis tu takde banner nama pengantin dan sewaktunya. Makan sangat beria-ia sebab lapaq kan sampailah kami sekeluarga dapat goodies bag...

OOOOMMMMGGGGGG bila tengok nama pengantin kat label di beg goodies bag itu...
Lain sama sekali dengan nama kawan saya ya...
Adoihai...Dahla makan menambah banyak lak tu, siap ulang-alik amik cendol. Makan kat rumah kenduri saper ntah. Siyes time tu, saya cam takleh control gelak terbahak-bahak. Paling tak leh blah Anaqi siap bersuara dengan lantang lagik "Mummy kita salah datang kenduri ke?" bukan main kuat lagi ya, apsal tak pinjam jer microfon DJ tu buat announcement "Mak saya selamba makan kat kenduri kahwin yang tidak dikenali..." Hahahahahaha

Lepas tu saya whatttsuppp ngan cacah, then barulah saya tahu yang kenduri Cik Jimah kat Seksyen 19... Punyalah jauh perginya. Lepas makan terus carik Seksyen 19 kat Dewan Teratai. Rupanya Dewan ni kat belakang Hotel De' Palma...

Hahaha... Baru saya perasan mungkin Cik Jimah beritahu saya yang kenduri beliau kat dewan belakang hotel De' Palma, bukannya Hotel Intekma. Hahahahahah... Adoihai...
Sampai kat Dewan Teratai memang memanjang nampak muka kroni/tali baruts/students...
Sib baek kat kenduri Cik Jemah banyak pilihan dessert so saya hentam makan eskrem berkon-kon dan coklat + keropok sebab perut dah full dengan nasi. Dedet dan anak2 leh layan nasi minyak lagik...

Bukan main sakan makan kat kenduri orang, ya? Kesimpulan next time nak gi kenduri bawak kad jemputan, hahahaha...

Pssssst: Kepada pengantin Seksyen 7, sowi banyak2 ambo sekeluarga tumpang makan. Minta halal segalanya ya... To Cik Jimah "Selamat Pengantin Baru"... Cepat2 join the club "kaum-kaum ibu department" ya... :)

Adios :)

8 comments:

Mama Zharfan said...

LOL gelak guling2 me baca entry ni ;)

AyuArjuna BiGoshh said...

mz- pecah muka time tu....heheheh

Ezna said...

HAHAHAHAHAHHA ....oopss sorry la ayu sebab kelakar deh....:-D

yOn nOy said...

Kak, kak azimah pun kawan saya..hehe,
sorry menyampuk lak..

mama tisya said...

uiks tersilap kenduri..dh la sakan mkn ye..hehehe

ummi aiza said...

ya ampuuuuuuuuuuunnn....

kak tini (umialya) said...

akak nak gelak sikit bulih? HAHAHAHA...

Wan Amira said...

oh no klasik.. mak i dua kali pernah tersalah pergi kenduri orang, siap makan beria macam u