Gaucho Cafe | First Time Terjah Sini :)

Hari tu masa jenjalan kat KJ nampak satu kedai yang berhampiran dengan kedai dobi Mr. Clean--Gaucho Cafe, kedai ni nampak macam2 hidangan ada---ada western, japanese, indonesia dan masakan melayu. Tapi nampak makanan barat dier lebih mengancam dan harga pun agak berpatutan :)
 Di setiap meja memang ada iklan yang dilaminate menunjukkan menu2 barat special
beserta harganya sekali :)
Dan ada banyak mural dan gambar2 chantek dalam Cafe ni...
Ada satu gambar yang menarik hati saya bila my Anaqi cuba meniru aksi...
 Termasuk Afiq sekali, hahahahaha

Lama juga pilih menu, last2 kami order;
Nasi kambing panggang RM12
 Beef Teppanyaki... RM12
 Italian Steak... RM19

 Nasi Ayam Penyet RM8

Lepas tu order 2 nasi kosong, since lauk dier banyak sampai boleh share reramai :)

Air minuman takdelah mahal sangat, contohnya Milk Tea harga RM1 jer. Harga air lelain standard harga kedai ice lemon tea RM2.50, sirap lemon RM2...

Lepas kenyang makan, dengan hepi berphoto-poyo dalam kedai makan...
Memang unik deko kat sini :)
Ada tayar pedati kuda yang besar...
Pintu tandas ala pintu kat kedai makan Pekan Cowboy!
My kids yang sentiasa hepi!!!
Sekali-sekala makan luar rasa seronok juga...
Rasa angin luar, buhsan juga hari2 makan air tangan sendiri :)

Comments

sesekali makan luar mmg best. tapi kalau makan luar arief tak penah tenang ada je keja yg dia buat haiyaaaaaaaaa
Mama Zharfan said…
deco yg sgt unik gitu :)
btol sis,sesekali mmg kene keluar mkn, zt nih berkali2 kuor pon xper,lagi bagus..hahaha

Popular Posts