Tuesday, November 20, 2012

Poring Hot Springs ~ Kolam Air Panas Yang Sudah Dikomersilkan

Hari kedua di Kundasang, kami pagi2 dah bertolak ke Poring Hot Spring kat Ranau (kalau tak silap). Agak jauh juga dari Kundasang tapi sepanjang perjalanan menyusuri bukit kat situ memang mata ni menjamu kawasan-kawasan yang indah contohnya rumah di tepi bukit, sawah bukit dan lain-lain.
Nak masuk Poring Hot Spring ada bayaran masuk, dewasa RM3, kanak2 dan warga emas RM1, oklah tiket takdelah mahal sangat :) Lepas tu banyak tempat kita boleh pergi samada nak tengok kelawar kat gua, tengok air terjun yang cantek ataupun berlenjan dalam air kolam panas itu sendiri...
Ni sebahagian ahli rombongan keluarga saya---Emi (adik ipar Mak Biq), Uncle Pary, Mak Biq dan Tok Bah (FIL mak Biq)
Jambatan gantung yang lama tidak dilalui oleh saper2...
Ni lah kolam panas nyer, dah ghupe cam bath tub kat umah dah. Hahahahah. Siap ada paip untuk air panas dan air sejuk. Tapi sumber air memang dari bukit ya. Kalau air sejuk tu memang sejukkkk giler, dan yang panas mengelegak cam air panas, huhu.
Kitaorang conquer banyak kolam kat situ. Sebab ianya kecik. Ala2 saiz anak lelaki saya 3 orang jer boleh masuk...
Hahaha, Akid mandi pun dengan baju tidur...
Kolam mata air panas kat situ...
Dan kolam ini juga ditutup...
Ada juga kolam yang besar sikit muat lebih dari 8 orang...
Ni kolam yang paling besar, tapi kolam ni airnya sejuk giler, hokeh!
My afiq yang sedang beraksi. Saya kat kolam ni rela rendam kaki jer sebab sejuk giler
Seronok!
Ini kali kedua saya merasa mandi kolam air panas, sebelum ni saya pernah terjah Kolam Air Panas kat Sungkai, Perak. Lepas mandi rasa segar betul badan, berendam air panas abis semua kaviti kat badan saya nyahkan hahahahahah

5 comments:

juelee said...

best gi sini... saya pergi 5 tahun lepas.. lepas penat naik jambatan gantung, mai sini mandi kasi segar badan.. hehehhehehhe ala2 private jakuzi gitu

maszmadi said...

WAH, KALU DAPAT TERJUN KAT KOLAM YANG BESAR TU MESTI LAGI HEAVEN KAN..... HEHE

maszmadi said...

opsss, sori tertaip guna capslock, dah publish baru perasan.. maklum lah sambil wat keje sambil BW.. ngeh ngeh ngeh

Mama Zharfan said...

syok mandi manda hehhehe

Wan Amira said...

menarik betul la tempat2 macam ni.. i suke tempatmacam ni cuma tak tau nak pergi dekat mana.. kundasang macam jauh bebeno.. insyaAllah one fine day