Ikan Bakar Fendi, Terbaek di Kelana Jaya!

2 hari lama blog saya tak ber"update"
Malas dan banyak kerja, hik hik
Hari ni secara tak sengaja terjah 2 events..
siap tengok movie menang dari Astro :)
Yang paling kelakarnya menang 2 tix tapi dapat 6 tix, hik hik
Ni belum citer saya membeli pizza dominos saiz regular 5 bijik..
gara2 promosi satu pizza seposen...
NW saya naik itu-itu-itu posting ya...
**************************************************************
Saja nak promote pada saper yang teringin nak makan ikan tapi malas nak ke Umbai Melaka, takpun Tanjung Harapan Klang dan lain2 tempat yang famos dengan ikan bakar...bagi yang duk dekat dengan Kelana Jaya boleh singgah ikan bakar abang Fendi (kedai feveret Mak Biq dan Uncle Pary). Die terletak dekat dengan deretan2 kedai makan (di belakang Giant Kelana Jaya Mall). Dekat jugan dengan Restoran Cina Muslim ~ Chan Abdullah #apakahntahnamanya lupa sudah :p

Sila terjah apa yang kami order baru2 ni ya..
Ikan pari bakar!!!
Rekomen sedap dan isinya yang tebal...


Tapi elak order ikan kecik seperti ini...Sedap tak puas rasanya lebih baik kami order ikan kembong dan sewaktu dengannya. Banyak lagi pilihan ikan lain. Lagi glamer nama ikan itu lagi mahal sikit harganya :)



Tom Yam di sini antara yang sedap yang pernah saya makan!
Begitu banyak hidupan didalamnya..


Banyak lagi lauk kami order cam makan kat kedai biasa ayam goreng kunyit, udang sweet sour. Tapi "trademark" makanan yang paling sedap kat kedai ni ~ikan bakar ler...

So uolls kalau rasa malas masak di hujung minggu cam saya boleh terjah Restoran Ikan Bakar Fendi di Kelana Jaya...Tapi bak kata laki saya kalau rasa nak puas makan boleh beli ikan dan bakar sendirik! See, bini takleh amik cuti dari memasak demi perut laki yang dicintai.

Comments

Mama Zharfan said…
teringin nak mkn tomyam ;)

Popular Posts