Meluat Dengan Diri Sendirik!

Susah sebenarnya nak jadi perempuan sempurna. Serba-serbi ada jer yang tak kena. Terutama bila bergelut dengan masa. Selalu tertanya-tanya "bilalah dapat berehat2 dan bermanja2 di spa". Penat rasanya. Tapi biasanya mengeluh tak lama, datangnya khabar gembira. Hati kembali berbunga. Kejap jer...

Sat sat lagi lepas setel perkara opis. Sampai rumah kena bekerja balik ~ masak dan tengok anak. Mujur sekarang ni kerja2 menjemur baju anak dara saya si Yana tu boleh diharapkan :) Kain memang menimbun, takde nafsu nak melipat. Lebih rela berbaring diatas kain menimbun sambil melayan cerita di TV. Beza giler dengan perangai saya dulu. Yang agak pantang tengok kain, cepat2 melipat dan simpan dalam almari. 

Perkembangan badan pun naik dengan jayanya. Huhu konsisten naik berat badan. Saya sedar tentang itu tapi selera makan tetap laju. Alololo...setiap kali lepas menghadam makanan sepuas-puas mula rasa menyesal "bakpelah makan banyak sangat"..Takpun tengahari tak nak makan nasi sebab nak diet tapi makan malam bantai 2 pinggan nasi bukan sebab lapar tapi terliur dengan masakan sendiri. Bukan masakan beria tapi rasa sedap jer makanan depan mata.

Lepas tu mata ni memang pantang tengok jualan. Bukan jualan murah pun ~ sedang2 murah. Kalau beli memang berbaloi. masalahnya kalau beli banyak, berbaloi-baloikah. Cam belanja bukan ikut keperluan tapi lebih kepada kehendak. Dengan lebih tepat lagi napssssssssssu...uiks....... Masa beli bukan main seronok..lepas dah bayar mula rasa "regret"...Hmmm, terfikir2 "Alangkah baik duit ini dimanfaatkan pada perkara-perkara yang lebih berfaedah"...Lepas tu nak sedapkan hati berkata berkali-kali pada diri "Inilah adalah terapi"---see keji sungguh!

Pendek kata memang meluat dengan diri sendirik! Mungkin ini adalah simptom nak masuk tahun baru sebab akan berlaku penginjakan umur agaknya..Hahahaha. Well, hari ni saya duk menggila layan citer #Gossip Girl..dok xoxo xoxo...Lepas tu koya jadi Serena (pompuan cam bagus dalam citer tu). Hahahah...

Realitinya saya antara makhluk alam yang bertuah mempunyai keluarga yang memahami, kengkawan baik yang sentiasa disisi. Dikurniakan anak errkk yang agak ramai, hik hik plus sangat berdikari. See anaknda2 saya makan berjemaah kat MPH one utama...Mak dier hilang entah ke mana...
Dan saya juga tipikal pompuan kat dunia yang suka barang percuma selain dari kuat berbelanja!

Rasanya meluat pada diri sendiri bukan sengaja diada-adakan..
Cuma mungkin kita ini tertekan dengan kehendak hati, "Kita tidak cukup sempurna dan masih tidak berupaya menjadi seperti yang kita idamkan" ~ berketerampilan, super mom, isteri mithali dan pekerja cemerlang :)

Comments

Falsya said…
kite serupaaa!!..hehe..kite pun skang nie tgh layan "xoxo. gossip girl"..hahahaha..
Mama Zharfan said…
:) yg penting kita happy dgn our life :)
Eyriqazz said…
Hik4..kagum...kalau nak jemput ayu jadi penulis jemputan berbayar di blog eyriqazz nak? banyak tips parenting yang ayu boleh kongsikan yang menarik..

P.s : Serius kagum ayu dapat save at least 30% dari gaji..tertanya-tanya, anak ramai, how she do it? Tak kisahla gaji besar or kecil disebaliknya, gaji besarpun, makin banyak belanja nya kan?
Annisa mulia said…
hihihihi.. Saya juga kuat shopping :D
@eriqazz....hehehe, insyaallah..klu terajin sy try buat satu entri nanti sy tunjuk dulu topiknya (pasal parenting) :)
anak2 berdikari tue adalah anugerah yg tak ternilai

Popular Posts