Monday, February 25, 2013

Giant USJ Antara Yang Terbesar Di Malaysia, Hypermall Antara Terbaik dan Digemari Saya

Saper2 pernah ke Mydin USJ mesti perasan tentang kewujudan Giant terbaru dan terBESAR di area USJ... Sebelum ni tapak tu Giant jugak tapi bangunan lama dan buruk. Alih2 dah dirobohkan dan dibina Giant baru dan besar pulak, kejap jer... ala2 cam iklan Chipsmore "kejap ada kejap takde". Tapi ada penambahan kat sini "dah ada... tetap ada... dan besar pula"

Tak abis perkataan besar, ko ni jakun apa Ayu oii?
Hahahahah...
Paling besh kat sini bukan sahaja mudah parking, kedai makan banyak, troli ala2 ada keta kat depan pun disediakan di dalam Giant. Ni limited edisi, nasib saper yang dapat boleh guna bawa 
anak ronda2 dalam Giant sambil bersopping.

 Anak saya kalau gi mana2 HyperMall, berahi benar dowang tengok ikan dalam akuarium. Ni bukan ikan perhiasan tapi ikan untuk dibeli dan digulaikan. Tengah syok skodeng ikan tiba-tiba ada sekor ikan sembilang ni boleh buat lompatan tiruk sampai terkeluar dari akuarium.
Ni kes bunuh diri ke apa? Mujur rescue team penjaga ikan cepat bertindak.
My anaks yang masih mode kejakunan menjerit kesukaan melihat ikan yang berjaya di tangkap...
 Pehhh, paling best promosi ni :)
Saya selalu beli kambing, lamb serta segala daging haiwan kat Giant tapi first time
tengok promosi die bagi marinate free...
(Errrkkk punyalah ramai nak dipotretkan dalam kamera ya? Hikhik)
 Macam-macam jenis marinate ada... pilih jer mana korang suke...
 Saya suka ni... murah lak tu... Biasanya harga dalam RM17 lebih sekilo...
Pilih2 kasi timbang...
 Lepas tu staff Giant beruniform akan tolong basuh daging dan marinate untuk kita...
Yang lawaknyer time ni, saya boleh sengaja suruh campurkan perisa
"Blackpepper, Texas BBQ dan satu lagi jenis sos... Tandoori"
Erkkkkk... Agak2 apa rasanya bila dikombinasi segala perencah semua?
Berdesing kena bebel ngan Encik Somi... "Awak ni biar betik! Kan ada yang rasa pelik kat daging tu?" Dengan konfiden taraf 5 bintang saya menjawab "Isskk sedap... percayalah".
Sebenarnya dalam hati "Ko nak kena lempang Yu?" Muaahahahahahah...
Ni namanya excited secara berlebihan bila nampak perkataan "PERCUMA"... :p
 See... see the kaler... Still tak pelik lagi, kan? Kalau tiba2 tukar kaler purple atau pink memang
saya cuci balik kat situ jugakk..
 Punyalah banyak troli dowang rembat... Siap Akid die buat adegan panjat bumbung keta...
Iyalah keta bapak sendirik tak berpeluang, kita lanyak keta kat Giant ya!
 Home made pizza ni... Letak fresh kat situ. Bagi yang mempunyai sifat kurang rajin seperti saya,
bolehlah membeli pizza segera di sini. Harganya sangat berpatutan uolls...
Harga pizza ni baru lima hengget lebih... Saiz regular kot...
Port ni buat saya hilang ingatan 1 saat... Murah der satu pek yang besar tau, bukan kecik. Harga seperti yang tertera diatas... Bukan bawang atau kentang buruk tau bahkan elok lagik!.. Murah der...

Kesimpulannya memang BESHlah shopping kat Giant USJ... Puas hati... 
Orang yang bekerja kat servis kaunter pun bagus dan mesra layanan...

Pehhh, next week boleh terjah lagik ni :)

5 comments:

Nad MamaZN said...

Dh siap dh giant tu.. Biasa p mydin sblh tu jek

Xde rrzki jumpa kak ayu kt kenduri adik mira

Zee Suhaini said...

tak pernah masuk..selalu masuk mydin jerkk..

Mama Zharfan said...

me pun suka sbb everything new cuma agak jauh dari umah me :)

Ezna said...

me shopping kat sebelah ajer....iaitu Mydin. Kat Giant ni tak pernah masuk lagi. Mesti best dan bersemangat semua pekerja Giant tu sebab semuanya masih baru :-)

Hermit said...

tak tahan awat awk leh campur skali rencah Tandoori tu..aiiiiii