Tuesday, February 19, 2013

Preview Gangster Celop | Dapat Jumpa Kamal Adli, Ahmad Idham, Yus Jambu dan Hanis Zalikha!

Udah lama tidak menghadiri preview filem. Malas pun ada, kekangan masa ya juga. Tapi bila diberi peluang untuk menghadiri preview Gangster Celop anjuran Media Hiburan, saya memang sangat teruja. 
Sebabnya dah lama tak menonton filem percuma dan yang paling penting "harap dapat jumpa Hanis Zalikha lagik!"Siyes sudah beberapa kali pergi event yang mana Hanis ini menyertai sekali. 
So, memang teruja sangat nak jumpa :)
Dapat 2 tiket so saya bawa Anaqi dan Amani...
Anak2 yang lain tengok movie kat umah dengan Dedet...
Citer dier lebih kurang macam ni... Saya copy dari laman web Media Hiburan.
Malas betul nak story balik, hahahah

Gangster Celop' berkisar mengenai dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun yang bertekad untuk menjadi insan yang lebih baik. Namun mereka dikehendaki menjaga anak kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak), seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu iaitu Suzana (Hanis Zalikha) yang baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan.Semua menjadi huru-hara apabila mereka terlibat dalam konflik antara Mat Jambu dan Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh untuk sekian lama.

Pandangan saya:
1. Cerita ni genre aksi komedi. Sangat santai. Tapi rasanya kalau lagi banyak lawak spontan dan bersahaja lebih menarik. Paling suka dengan cara lawak Azad, sempoi jer. Bagi saya cara Yus Jambu berlawak terlalu terikat pada skrip. Apapun ada jugak babak "Ayahanda" lakonan Yus ni membuatkan seisi penggung gelak.
2. Gandingan Shamsul Yusuf dan Kamal Adli yang serasi. Perspektif awal saya merasakan penglibatan mereka berdua dalam filem ini agak "awkkkkkward" tapi ghupa2nya karektor yang dibawa saling melengkapi. Aman (Kamal Adli) lebih gila2 dan sempoi berbanding Adam (Syamsul Yusof) lebih menjurus lawak "gentleman". Saya suka part masa dowang menyamar jadi ala "Cik Bedah" dan "Ustazah Pilihan".
3. Gabungan pembuat filem terkemuka di Malaysia, antara Skop Production dan Excellent Pictures. Kagum jugak saya, dari tajuk filem ini sudah diketahui ianya adalah gabungan nama2 filem terdahulu keluaran syarikat gergasi ini - Apa Celop Toqq dan KL Gangster!
4. Penampilan istimewa allahyarham Kuswadinata dan juga Lan Pet-pet, walaupun sekejap tapi tetap menghiburkan.
5. Disebabkan ini merupakan lakonan pertama Hanis, bagi saya tidaklah teruk sangat cuma kena banyak perbaiki. Cuma ada juga terfikir yang watak yang dibawa oleh Hanis dalam filem ini agak biasa, namun saya teringin tengok Hanis berlakon watak yang lebih berat seperti perlu bermain dengan emosi, perempuan sakit mental dll. Tiba2 teringat Nabila Huda dan Noor Khairiah yang memang mantap dalam lakonan. Bagi jer watak apa, semuanya menjadi.
6. Susunan citer OK takdelah bercelaru sangat. Suka jugak cara "flash back" citer...
So, ini pendapat saya jer. Lain orang mungkin lain juga komennya. Tak semua manusia yang bernapas di dunia ni akan suka benda kita suka begitu juga sebaliknya.
Antara pelakon yang hadir ke preview.
 Hanis masih ingat akan saya...Waaaah!!!
 Anaqi dan Yus Jambu...
 Anaqi dan Kamal Adli...
Ada juga gambar bersama Ahmad Idham... Sayang Azad dan Shamsul Yusof takde...
 Souvenir yang dibawa balik...

Ok uolllsss...jangan lupa menonton  Gangster Celop demi menyokong industri seni tanahair tercinta.
Choww Bedah, Kiah, Abang Leman...

7 comments:

Eyriqazz said...

wahh,syioknya dapat jumba yus jambu....

azelyusoff said...

nampak madam ayu bertudung biru malam tadi tapi segan nak tegur :)

Mama Zharfan said...

nampak besh gak citer ni :)

Sumijelly Sumi said...

wah... bestla ayu. dpt jumpa semua pelakon.....hk3

Sumijelly.com

♥cikmOt♥ said...

hanis ni comel kan

Ezna said...

hanis kenal u...OMG Ayu pon retisss gak...hehehe....eh Kamal Adli tu cam iras Anaqi x?...ce u tengok...

Hunny Kitty said...

bestnya dah tgk...ai baru nak p tgk esok