Sunday, February 24, 2013

Versi Sunway Lagoon di KB :)

Jangan tak tahu uollss... Kat Kelate ada gak air terjun semulajadi yang ada ciri2 sedikit cam taman tema air... Kerlazzz gitew. Dah lah masuk percuma tanpa bayaran. Kawasan tempat mandi ada juga disediakan tempat makan... ada gerai jual goreng pisang lagik, murah pulak tu! Walaupun tempat ini tidaklah se'eksklusif' Sunway Lagoon tapi dengan keadaan airnya yang bersih dan sejuk, memang pilihan terbaik untuk kami sekeluarga menghabiskan percutian di kampung dengan bermandi-manda di sini...
JERAM PASU, PASIR PUTIH

see..see..see
Siap ada gelongsor ala2 kat taman tema...
Lepas tu ada swimming pool kecik kat bawah...
Air memang deras ya, ianya air terjun semulajadi...
Ala2 nak mandi pakai apapun dibenarkan tapi jangan telanjang sudah...
Tak "selera" orang lain nak mandi bersama, hahaha
Memang seronok mandi-manda seisi keluarga...
Budak sorang ni akan conquer sowang2 dalam kolam...
Perlumbaan meluncur!!
Wohoooooo... oooooo... oooooo
Model majalah Mempelam in action :)

Walaupun hakikatnya memang jauh beza keadaan air terjun dan Sunway Lagoon yang begitu hebat infrastrukturnya. Tapi bila dapat bermain bersama keluarga besar terchenta (lebih-lebih lagi dapat main air) keseronokan dirasai lebih berganda-ganda daripada main di kolam 
Sunway Lagoon yang bergitu mahal harga tiketnya...
:p

4 comments:

amiey lee said...

heee apapun air terjun segarkan badan kann..kalu air kolam byk klorin hehehhe... ada satu kat kedah..kta beli lata bayu... siap ada gelongsor hmmm

Mama Zharfan284 said...

besh!!! waterfall sejuk airnya :)

mama_umar_maryam said...

sonoknye siap ada bridge dgn slide lagi!!

Ezna said...

syoknya, nak nak free lagi syok. Bagus lagi kat sini sebab natural......