Tuesday, May 21, 2013

Rombongan Cik Kiah: Melawat Kilang Mee Cintan

Rombongan Cik Kiah seawal pagi, diiringi dengan nyanyian merdu Cik Dyana dalam bas ya... Berkaroks sampai lebam cuping telinga semua owang, buahahahahaha...
Sekejap jer perjalanan dalam 1 jam lebih, sampai kat kilang mee Cintan. Di sana kami disambut mesra staf2 Cintan yang dedikasi. Selain itu kami juga dijamu secara percuma air Yeos. Amik jer dan minum sebanyak mana yang mampu. Ok saya mampu minum 6 kotak... gile pelahap...
Ada ruang sesi jawab menjawab, kata-mengata.. :)
Ketua2 cawangan turut menghadirkan diri sama walaupun hakikatnya memasing sangat sibuk dengan urusan dunia...
Lupa dah saper nama cik manis ni. Orangnya agak simple dan petah berkata-kata...
Bos besar kilang mee Cintan, cara bercakap dah macam Tony Fernandes...
Pekerja-pekerja baru yang selesai mendaftar untuk hari pertama bekerja. Kecuali yang senyum terlebar giler si Dyat, die pesakit khas akan diberi rawatan sebelum dibenarkan bekerja, wahahahahahahaha...
Ada sesi demo untuk memasak Mee Udang Cintan resepi bonda moden. Ramai yang cuba meniru resepi ini terutama Dyat dan Dyana (pasangan DY) untuk dihantar ke peraduan resepi anjuran Majalah Jelita dan Mee Cintan. Dowang memang saiko uolls!
Cik Kiah yang sentiasa bersemangat bila time menjawab soalan untuk mendapatkan barangan free. Buahahahahaha
Editor Majalah Jelita yang gorjes, Kak Emma kita... sporting abes!!
Sesi mencari POP. Asal boleh, datang kat kilang owang buat cam kilang sendirik ya? Baguih! Untung dapat member yang sanggup menebal muka mengutip2 kotak kosong untuk projek sekolah anak den, lap lap u lah!
Peserta rombongan Cik Kiah yang happening!!!!!!!
Rahsia kesedapan mee cintan terletak pada kekenyalan mee-nya. Atau lebih tepat lagi pemilihan tepung gred paling baik digunakan :). Oh ya kami tak dibenarkan mengambil gambar dalam kilang sebab ianya sulit dan hak terpelihara syarikat mee Cintan. Dapat amik gambar depan kilang pun jadilah tanda kenangan pernah sampai kat sini, kan? :)
Souvenirs deh!
Cam biasa lawat kilang mesti dapat produk dari kilang...
Takkan Cik Kiah nak suh peserta rombongan balik tangan kosong jer kan?
Best gitu!!!

Comey tak Kak Ton? Err... Cik Kiah...
"Comey"--jawab dalam hati memasing tau...
Buahahahahahah... paras keterujaan meningkat berganda selepas pekena 5 peket mee Cintan!

3 comments:

Dyat said...

wakakakakkakakaka kak Dyana tu NON stop cakaaappppppppppppp jekann hihi

AyuArjuna BiGoshh said...

hahahahahaha...kan die tido jer berhenti...tak sure die bercakap jugak dalam tido...wahahahahah

Mama Zharfan said...

nampak fun gitu ;)