Monday, July 1, 2013

Cinta Jangan Pergi, Saya Sebenarnya Isteri Dia

Ada 2 drama yang saya layan sejak akhir2 ni dan minggu ni merupakan episod terakhir...
Satu adaptasi dari novel, satu dari karya pengarah yang berkaliber...
Dan kedua2nya dibintangi oleh pelakon yang memang serba-boleh iaitu Tiz.
Opkos saya minat jugak Tiz ni gara2 die berlakon dalam Nur Kasih. Kalau tak  kerana citer tu, kompem saya tak kenal dengan Tiz ni. Sebab saya jarang dapat tengok TV, kalau memang dapat tengok tu memang sangat bernasib-baik ler.

Ok... masa SSID ni nak disiarkan. Memang dah kecoh dah kat wall FB saya pada citer yang bakal meletop di TV3 menggantikan Setia Hujung Nyawa. Masa ni saya layan gaklah SHN, walaupun ada rasa macam pening2 tengok citer ni sebab plot kat last2 episod tu memang terabur.

Dan masa ni cam ala2 fenomena semua cerita melayu kat TV adalah adaptasi dari novel. So, masa saya tonton SHN saya tak baca novel tu tapi bila SSID saya terbeli dan baca novel tu dan paling dasyat sekali saya sempat khatam 3 kali sebelum dapat tonton cerita tu kat TV, Hahahahahah... Giler, kemaruk dengan jalan citer suwit-suwit gitew...
Dan masa tengok hero tu "Izzue Islam" saya takdelah cam sangat even tak perasan kewujudan dalam citer2 lain yang pernah saya tonton selama ini seperti citer "Hantu Kapcai", "Mimpi Cinderella" dan lain-lain. Sebab kebanyakan drama memang Izzue ni banyak bawak watak pembantu jer. Walaupun hero berlakon cam tiang sekalipun, tapi disebabkan Izzue ni berlakon watak pembantu biarpun berbakat tetap saya tak perasan. Haitttsss...

Sebenarnya apa yang nampak menarik dalam citer SSID-nya, keserasian kedua pelakon yang membawa watak utama. Jalan citer mantap memang mengesankan apatah lagi bila dah baca novelnya memang selalu jer terbayang, "Ok scene ni kat bab sekian-sekian". Pelakon pembantu pun banyak memainkan peranan, terutama watak Wan Maimunah sebagai nenek Firash. Cuma watak Wilma sebagai ibu kepada Firash agak janggal sikit terutama masa mula2 tengok lakonan beliau di episod 1. Tapi bila dah tengok penampilannya di episod 12, nampak dah OK sikit cara lakonan beliau. Watak Farish si Fezrul Khan tu OK, cuma rasanya bila beliau digandingkan sebagai anak Wilma, ala2 dah cam watak "laki-bini" jer. Mungkin juga disebabkan kematangan rupa paras dowang kot :p

Overal citer saya suka :) Boleh tonton, senyum-senyum lepas tu tutup-tutup muka dengan tuala...
Cinta Jangan Pergi... yang menjadikan saya nak tengok sebab filem ni banyaknya scene di oversea. Sebagai orang yang jakun tak pernah keluar dari Malaysia dengan melihat pemandangan yang cantek di negara orang memang benar-benar memberi keseronokan (jakunlah katakan). Lepas tu gandingan Tiz dan Remy, pehhh pasangan kontroversi lagi sensasi memang tetap serasi. Arahan dari Khabir Bhatia, sutradara yang biasanya karya2nya memang ohhseeem. Haruslah tonton, kan? Yang beshnya citer ni bukan dari adaptasi novel. Memang idea mentah2 dan fresh. Jadi yang menontonnya sentiasa ternanti2 apakah kesudahannya. Siap kat twitter ada 2 team lagi... #teamHud dan #team Khalil. Pastimnya drama ni penuh konflik dunia percintaan. Ala "cinta sejati akhirnya bersama sehingga mati"... oo whateber... buahahahah.

Walau macam manapun saya suka juga gandingan kawan baik Lea tu--Nadiya Nisaa ngan pakwe, giler sempoi dan poyo dalam CJP. Tapi last episod semalam, sedey gaklah jiwa bakul saya, air mata perempuan saya jatuh sebab Hud mati di penghujung cerita... eceh!

So, uollllllllllllllsss....
Antara 2 citer ni...
Agak2... mana watak utamanya yang paling serasi dan nampak sangat suwit digandingkan bersama?
Tiz dan Izzue
atau
Tiz dan Remy
Yang mana satu?
Ahaks... Ok kalau saya...

Saya pilih Nora Danish dan Adi Putra... alih2 jer kan, tanya soalan lain bagi jawapan yang takde dalam pilihan jawapan, huhuhu

10 comments:

@lfidah @dim said...

dua2 drama sy tgk...memang best sbb sy pun minat lakonan tiz..dlm CJP sebab suka gabungan dia dgn remy.dalam SSID best jgk dgn izzue.br kenal izzue dlm drama ni..

Aishah Megahasz said...

Betul..Nadia dengan yang berlakon BF dia tu menang serasi. Sempoi ja...

Ezna said...

I pilih Hud bole? Hehehe

Ct LiShamar said...

me truly suka tiz dan remy..
:)

mama tisya said...

dua2 citer ni tk tgk dr awal..tp tgk dkt nk last2...nyampah tgk tiz smlm cz mcm nangis time hud nk mati tu tk brp sedih..poyo...kena byk blajar cr nangis mcm kaklong teduhankasih..tiba2..hehehe

tiz ngan remy sesuai...ngan izzue mcm adik ngan kakak...apap2pn tk sbr tgu ending teduhan kasih esok..oh papaehsan...hehehe

anak Wan Salleh said...

i akan tengok bile cerite dah habis dekat u tube or tonton, so tak yah nak tunggu ending hahaha

Mama Zharfan said...

me dh lama tak tgk apa2 citer kat tv... :/
me pun suka tgk kalau ada scene kat obersi sbb mcm mengimbau kenangan manis gitu :)

Hermit said...

me berbulu urat perot tiap kali bedah tgk cerita jiwang... tak kena jiwa... apatah lagi kalau dipaksa bedah tgk sama... oh tolonglah... lebih rela main turtles & hamster my kids lagi...

AyuArjuna BiGoshh said...

encik hermit...

dengki wahahahahahahhahahahah

:: Cik Viva :: said...

CJP tak follow tapi SSID memang tak miss.. watak Tiz berbeza sgt..