The Lone Ranger | Filem Lawak Memang Kelakar Giler!

Filem yang dah lama saya tergedik-gedik nak gi tonton, finally berJAYA juga...
Walaupun takderlah gigih masuk contest nak menang preview...
Tapi disebabkan saya terjoin under The Score Magazine, so terMenanglah jugak, ngeeeee
Tapi kali ni saya bawa Amani dan Afiq jer...
Yang lain kena duk ngan mak sebab tayangan lewat sangat kul 9.30pm (ada test).
Cerita ni bagi saya memang lawak... tapi... lawak berat...
Mungkin bagi budak2 citer ni menghiburkan kalau die benar2 faham tentang skrip yang dilontarkan. Gabungan dua aktor yang mempunyai karektor yang beza dan perangai gila2 juga menjadikan cerita tampil lebih segar dan bermutu. Dalam lawak2 pun ada part yang sedey... masa geng2 Ranger tu mati... kira2 cam mati kerana berjuang demi negara. Masa puak red indian mati pun agak sedey jugak...

Tapi saya sangat suka dengan karektor Tonto lakonan Johnny Depp. Gaya lakonan cam ala2 Kapten Jack dari POTC. Gaya orang sengal, muka takde perasaan... Filem ni mengisahkan 2 lelaki yang mempunyai karektor berbeza, tapi bersatu semata-mata untuk menegakkan keadilan. Plot jalan citer nampak mudah tapi tetap sangat menarik. Memang tak rugi menontonnya :)
Ya arr mamat ni penyeri suasana... Walaupun jarang membintangi filem, tapi setiap kali die keluar kat layar perak memang sangat dinanti-nantikan oleh peminat beliau. Bahkan karektor beliau dalam setiap filem memang menjadi idola bagi mereka yang suka beraksi dengan pakaian beragam... kihkihkih.
Armie Hammer, ahem saya memang tak kenal beliau selama ni.Tapi bila gugel baru tahu die berlakon dalam citer Mirror Mirror jadi Prince Andrew. Tang filem pun baru 3 kot die berlakon. Lagipun die ni muda lagi tahun 1986... (errk sebayalah!)--->statement menipu!! Kih kih.

Oklah uolllllllllllsss....
segeralah layan The Lone Ranger... best giler tokkkkk


Comments

Syima Emi said…
sekarang ni mcm malas lak nak join tengok preview sbb malas nak kejar masa.. tapi nak tengok, tapi malas nak beli tiket, nak tiket free tapi malas nak g preview, cmano tu? hahahaaa..
Mama Zharfan said…
dh berkurun me tak tgk movie...lps raya lah nmpk gayanya
zety said…
wahh best ni masuk list ;)