Cuti-cuti di Fraser's Hill - Part 3 (Garden Centre)

Gigih juga menghapdet malam-malam ni...
Memandangkan siang tadi BZ umpama Menteri Belia dan Sukan...
Bila malam baru terkial-kial curi masa nak buat semuanya...
Masih lagi cerita menarik di Bukit Fraser.. .
Dekat Allan's Water tu kan ada nurseri yang penuh dengan sayuran dan bungaan..
So, singgah jugaklah...
Walaupun hakikatnya saya tidaklah suka berkebun...
Ni kiranya menghabiskan masa buat aktiviti mencuci mata...
Ada sayuran...
Tapi yang ni jerlah yang nampak ada batas...
Yang lain semuanya hidup dalam Rumah Hijau...
Amani yang excited, bila nampak buah strawberi...
Buah strawberi mudo...
Yang masak memerah nan-ado, mak keciwa...
Rupa cam buah pisang... Hahahahaha
Siyeslah saya tak tahu...
Malas nak gugel, apakah namanya makhluk dunia ni...
Pasu bunga, bunga dan penjaga kawasan.
Saya beli pokok ni ya... sepuloh hengget sepasu...
Nama die Rosemary, bajet setiap kali nak masak western boleh petik2 jer.

Setelah puas membelek pokok dan membeli sayuran...
Kitaorang terus gerak sambung aktiviti yg samberono...
Yang ter-mistik la pulak... jengjengjeng
Lastly ke medan makan yang sebelahnya ada taman rekreasi untuk kanak-kanak.
Boleh main go-kart. Tapi dah tutup sebab kitorang tiba lewat.
So anakanda2 buat trek lumba lari...
Konon2 lumba naik go-kart hahaha
Boleh memanjat tiang arch....
Paling menarik, ada taman golf mini kat situ...
Leh layan golf, lupa dah rate dier, tapi tak mahal sangat...
Dan aktiviti di golf mini ni sampai kul 7 malam jer.
Gaya seorang kedi... Hahahahaha
Sebelum bergelar pemain golf profesional satu hari nanti :)
Ok, final part yg mistikal menyusul selepas ini...

Comments

Goh LinLin said…
Pandei buat cliffhanger yer ? XD
Mama Zharfan said…
suspens plak tunggu next entry
Ezna said…
nak tau yg mistik tu...cecepat hapdettttt