Thursday, August 15, 2013

Cuti-cuti di Fraser's Hill - Part 2 (Allan's Water)

Lepas bergambar sakan kat mini pekan Fraser's Hill terus kami gerak kat sini...
Tu pun saya gigih tengok map kat pekan tadi...
Ada apa yang boleh dibuat kat sini selain dari bersakan posing ala2 duk obersea.
Allan's Water ni tasik buatan, asalnya sebagai takungan simpanan air untuk bekalan penduduk setempat pada zaman kolonial dulu (sebab BEKAS, ianya pun terbiar).
Lepas tu pihak berkuasa tempatan naik taraf kawasan ni jadi pusat beraktiviti air.. .
Ada gaklah aktiviti nak buat, walaupun hakikatnya idakler berapa best sangat...
Yang menjadikan BEST untuk anak2 saya sebab bapak die yang giler bersemangat...
Mak die duk lepak kat tepi sambil bagi makan ikan...
Paling kuat pun duk cuit2 bunga yang chantek2 kat situ... since takleh petik tapi boleh tengok jer.
Penat giler kot mencuit... erkk nak buat camana mak die yang tak begitu adventerous.

Ok, sesi melayan pic2 yang ditepekkan...
Ni la pintu depan Allan' Water. Ok kat depan ni sebenarnya ada kuil dan di sebelahnya ada nurseri bunga dan sayuran (nak beli sayur dan bunga leh gi kat sini). Tapi rasanya takleh lawan kehebatan bunga dan sayuran kat Cameron. Kat sini ala2 untuk amik syarat jer ada sayur dan bunga kat Fraser's Hill untuk dijual. Tak banyak pilihan dan agak tak terurus tempatnya.
Ni lah tempat saya bermain. Hahahahaha...
Banyak kot ikan-ikan besar kat sini...
Saya perabih due hengget untuk 2 plastik makanan ikan kat sini...
Rasanya kat situ ada bunga kaler merah...
Hilang dah... hahahah. Aderla tu tangan yang mencuit lepas tu tak sengaja terpatahkan batang die... aiyok!
Yang menjadi tumpuan kat sini... Main dalam bola ni...
Ingatkan kanak-kanak jer rupanya orang dewasa pun boleh...
10 hengget dikenakan bayaran. Rasanya untuk 15 minit...
Budak-budak main nampak kiut jer...
Tang orang tua masuk, adoihai... ada sedikit nampak buruk di situ. Hahahahah
My Afiq siap komplen lagik bila saya suh dier main bola tu...
"Mummy ingat Afiq ni hamster ke?"
Amboiii ko nak...
Anaqi dan Dedet main ni..#apakenamanyaerktakdenyakukesah
Ok, RM6 untuk 15 minit + beratur 10 minit... hahahah
Rasanya muatan agak berat, tu yang nampak cam nak tenggelam jer ghupanya...
Hahahahhahahahaha.............
Kayuhnya laju pada 5 minit pertama...
Lepas tu melayan perasaan 2 beranak tu kat tengah2 tasik...
Feeling2 dating berdua kat situ...
Bila saya tanya apasal duk statik jer...
Dedet kata "Penat wak kayuh"...
Ok dalam hati gue "Erkk, tak larat lettew bawa diri, cuba ringan mesti jauh perginya"...

Ekceli, kalau tengok dari pemandangan mata kasar...
Takdelah best manapun beraktiviti kat sini. Ala2 kita gi main kat Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur yang dari umah saya jaraknya tak sampai 15 minit jer pergi kalau tak jammed...
Tapi kredit keSUNGGUHAN cik somi yang beria dan semangat menjadikan aktiviti meriah dnegan anak2 yang sentiasa rasa excited. Kalau ikutkan aktiviti mak die memangler boring, sebab main bunga lepas tu feeling2...

Ehmmm... berdekatan kat sini ada satu rest house... namanya Jelai Highland Resort.
Kitaorang siap masuk kat situ... Seram u...
Nanti saya citer... kelibat apa yang saya nampak kat sini...
Biar saya cerita segala mak nenek kisah mistik dalam satu entry... baru ada thrill...
Buahahahahahaha... ok to be continue...




4 comments:

Mama Zharfan said...

waaaa tak sbr nak baca entry mistik!!!!

fraser hill utk lepak2 and rest2 jer..memang tak de aktiviti pun hehehhe memang perfect utk honeymoon :p

Jard The Great said...

malu nk mengaku.. tp ku blom pernah ke sini. hehehe

Nina Hamdan said...

Madam,

Family saya suka pergi sini sebab jauh dari hiruk pikuk.. and even 10 kali pusing benda yg sama je kita jmpa.. tapi dekat sini masih lagi tidak tecemar..

wooo.. mistik tu.. tak sabar nak baca! eheheh

setya said...

Tempat yang pas untuk refreshing bersama keluarga