Tuesday, November 12, 2013

Hari Graduasi My Afiq Ziqry

Sabtu lepas merupakan hari yang sangat hectic untuk saya!
Bermula seawal jam 10 pagi, saya kena berada di Hotel Hilton PJ...
Lepas tu belum sempat event abis, kena berdessup balik umah...
Setelkan anak...
Nak kena hantar Anaqi untuk shooting kelas masakan dier ngan Tiger...
Lepas tu mengejar sebelum 2:30 petang untuk ke Gombak...

Sebab hari Sabtu 9 November merupakan Hari Graduasi Afiq Ziqry.
 Bukan main ramai peminat perempuan ya Afiq...
Hahahahahah
 Afiq ni kecik jer kalau dibanding dengan rakan kelas dier yang lain...
Lepas perarakan masuk, terus kelas Afiq buat persembahan...
 Lagu nasyid... tajuk dier erkk lupa dah...
Lepas tu ada banyak giler persembahan...
Tapi ai fokus my Afiq punya persembahan jaa...
 Yang dinantikan...
Abe biri-biri kita...
 Comel kot budak2 ni berlakon...
Walaupun tak sehebat pelakon sinetron...
Tapi kalau digilap bakal lagi hebat dari pelakon2 yang ada sekarang hehehe
 Antara barisan pelakon yang menjayakan muzikal teater Gembala dan biri-birinya...
*Muzikal teater gitu!!!
 My Afiq bersama BFF  yang sudah lama berkawan sejak berusia 2 bulan...
Bayangkan dari mak lepas pantang dowang dah duk sebumbung, belajar sama-sama sampailah umur 6 tahun. Lepas ni masing2 akan bawa haluan sendiri... sekolah rendah semuanya tak sama.
 Majlis graduasi ni diiringi dengan penampilan team gamelan UIA...
Dah rasa cam konvo masa belajar dulu ja...
Ada live bunyi gamelan.
 Sesi penyampaian sijil...
Tahniah Afiq...
Dah tamat pun belajar untuk peringkat pra-sekolah...
Moga Afiq terus berjaya menjadi anak yang dibanggakan oleh ibu-bapa, anak yang soleh dan mampu berbakti pada agama, keluarga dan negara :)

1 comment:

Mama Zharfan said...

congrats afiq. tomeyy :)