Wednesday, November 6, 2013

I AM NUMERO UNO!!! (adv Post)

Bukan saya yang bergelar NUMERO UNO tapi...
Adik ni...
|
|
|
|
|
|
V
Rachel Koh, 9 tahun  dari  Malaysia telah menewaskan 1,616 peserta yang berusia dari 7 sehingga 15 tahun bersempena dengan Cabaran UNO Asia yang diadakan pada bulan Jun 2013 baru-baru ini. Kejayaan yang dicapai beliau dalam pertandingan tersebut melayakkan beliau mewakili Malaysia untuk Cabaran UNO peringkat antarabangsa.
Koh mendapat galakan sepenuhnya dari ahli keluarganya untuk menyertai pertandingan UNO. Bagi keluarga Koh, UNO bukan hanya pertandingan bahkan permainan yang perlu bermain secara bersama dan dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.
Menurut bapa Rachel Koh, Dr. Koh Lee Min seorang Pakar Pediatrik, bermain UNO bukan sahaja dapat menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga bahkan dapat membantu berinteraksi secara stimulasi intelektual dan fizikal berbanding dengan generasi muda sekarang yang lebih gemarkan bermain permainan pintar seperti ipad, tab dan lain-lain.
Rachel sering bermain dengan adiknya Zachary yang berusia 5 tahun, sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari. Ini bagi membantu beliau untuk menyiapkan diri untuk berentap dengan 7 peserta dari negara Asia yang lain.
Moga Rachel berjaya di acara akhir, selaku mewakili Malaysia di Acara Akhir
Asia UNO® Challenge 2013 e di Tokyo, Japan pada hari Ahad 3 November 2013.

Psttttttt: Hebat, kan? :)

4 comments:

Mama Zharfan said...

impressive!

Chot said...

Hebat dia...sy xreti main..haha..blom termakan dgn pujukan kawan2 yg reti. Tp bende2 gni lg bagus dr game kt henpon...kan...

Chekgu Azrine said...

suka main uno..best!!

anak Wan Salleh said...

wakil Malaysia peergi Jepun tu