Friday, November 29, 2013

Sesuatu Yang Perlu Kita Tahu...

Realitinya... sememangnya begini...
Saya selalu berkeadaaan yang mahu memuaskan hati semua orang...
Sebabnya banyak punca...
Tak nak orang tak suka...
Takut tak dapat kenaikan...
Tak nak carik pasal...
Paling takut nak kecilkan hati orang...

Tapi bila fikirkan balik, betul apa yang Ustaz ini kongsikan...
Darah kita sama sahaja, warna merah...
Asalpun semuanya dari tanah...
Jadi tak perlu rasa diri tu rendah sangat  dengan orang lain...
Tapi kena sentiasa rendahkan diri dengan Pencipta...
Maksudnya... kena taat segala perintah yang disuruh...

Kerna kita bukannya hamba manusia, tapi hamba kepada yang Maha Esa...