Sofia The First, Siri Animasi Yang Boleh Diteledani Si Kecil

Sedikit sinopsis...
Baca mak pak semua  ya!!

Minggu The Royal Prep
Isnin hingga Jumaat, 2 -6 Disember, 10.00 pagi (siaran ulangan pada 6.30 petang), Saluran ASTRO 613
Berehat dan beriadah selama lima hari dengan episod Sofia the First yang menampilkan pengembaraan Princess Sofia dan putera-puteri muda yang lain di Royal Preparatory Academy di mana mereka menerima latihan menjadi kaum kerabat yang sejati. Musim persekolahan bermula dengan episod baru, The Amulet of Avalor pada 2 Disember apa akan terjadi pada Sofia apabila dia kehilangan kuasa untuk memahami kawan-kawan haiwannya apabila amulet ajaibnya tercicir?!

Ok, tak sabar untuk tontonnya pada hari Isnin 2 Disember pada pukul 10 pagi...
Kita akan lihat bagaimana Sofia begitu cekal menjalani latihan di Royal Preparatory Academy!

Ok, uollls nak tahu kenapa siri SOFIA the First sangat besh???
Sila sila sila baca sampai abis :) :)

Tentang Siri Sofia the First
Filem yang berdasarkan alam dongeng Enchancia mengisahkan kehidupan Sofia, seorang gadis biasa, yang mengalami perubahan mengejut setelah ibunya berkahwin dengan seorang Raja dan dia menjadi seorang puteri, Sofia the First. Sofia harus belajar menjalani kehidupan yang luarbiasa sebagai seorang kaum kerabat, pada masa yang sama berpegang kepada harapan dan impiannya sendiri. Perjalanannya untuk menjadi seorang insan yang terbaik turut membuka mata mereka di sekelilingnya untuk menyedari nilai istimewa tersendiri. Cinderella Disney juga muncul dalam filem ini untuk memberi nasihat kepada Sofia – dari puteri kepada puteri.    
Pengembaraan diraja Sofia bermula dengan persiapannya untuk berangkat ke istana bersama ibunya, memulakan keluarga baru dengan bapa tirinya, Raja Roland II, serta adik-beradik tirinya Amber dan James. Turut membantu perjalanan Sofia ialah tiga orang pengetua Royal Prep Academy – Fauna, Flora dan Merryweather (pari-pari kesayangan yang muncul dalam siri klasik Disney “Sleeping Beauty”) dan pelayan diraja, Baileywick, serta sekumpulan binatang comel dari hutan yang diketuai oleh Clover, arnab cerdik yang boleh bercakap. Lama-kelamaan, Sofia mendapati bahawa penampilan sebagai seorang puteri tidaklah sukar tetapi apa yang menjadikan seseorang itu puteri sebenar ialah sifat kejujuran, kesetiaan, keberanian, kebebasan, simpati dan budi bahasa.   
Kisah “Sofia the First” yang direka untuk kanak-kanak dan keluarga mereka menyampaikan mesej positif dan kisah kehidupan yang sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun kehidupannya terkurung dalam alam istana, ahli sihir dan kuda terbang, Sofia tetap seorang kanak-kanak yang menghadapi pelbagai masalah sosial yang sama seperti yang dihadapi penonton muda di rumah, seperti belajar menyesuaikan diri, mendapat kawan baru dan menguasai kemahiran baru.       


Melihat pada watak Sofia sebenarnya kita boleh nampak ada sedikit dalam perwatakan anak kita seharian.

Contohnya My Amani...
Seorang anak kecil yang sangat rajin membantu...
Seorang anak kecil yang begitu penyayang dan mudah mengasihi orang lain...
Seorang anak kecil yang suka berkongsi...
Seorang anak kecil yang dibanggakan :)
Amani...
Si anak kecil yang lembut hatinya,
Secomel dan setabah Sofia
Sangat berdikari dan ceria,
Penghibur hati kami sekeluarga :)

Mak ayah semua... sangat direkomenkan ya siri Sofia the First untuk tontonan anak-anak teruatama di musim cuti sekolah ni. Banyak perkara2 yang baik boleh diteladani menerusi watak Sofia yang sememangnya dikagumi!

Comments

Popular Posts