Taska VS Umah Orang, Mana Bagus?

KUALA LUMPUR - Polis hari ini meminta pemilik Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Permata Harapan di Taman Melati dekat sini, yang didakwa mendera kanak-kanak yang diasuhnya, supaya menyerah diri secepat mungkin bagi membantu siasatan.

Wanita itu yang dikenali sebagai Rozita Awang, 35, telah menghilangkan diri selepas seorang bapa membuat pendedahan itu kepada media pada 1 Nov lepas.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan awal mendapati wanita itu mempunyai enam anak dan suaminya, pemandu teksi.


"Wanita itu diminta tampil memberikan kerjasama di mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.

Beliau berkata polis telah menahan dua pengasuh wanita tempatan yang bekerja di taska itu, masing-masing berumur 22 dan 31 tahun, pada Isnin lepas dan mereka direman sehingga Jumaat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera kanak-kanak.

Ku berkata setakat ini, polis menerima lima laporan berhubung insiden itu di Balai Polis Sentul dan Balai Polis Wangsa Maju antara 29 Okt dan 4 Nov lepas.   


"Berdasarkan laporan itu, dua kanak-kanak telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana adanya kesan lebam pada tubuh mereka manakala tiga lagi mendakwa anak mereka ketakutan ketika berada di taska itu," katanya.


Kes berkenaan dirujuk kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk tindakan lanjut.


Pada Ahad lepas, menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyiasat dakwaan penderaan seorang kanak-kanak oleh pengasuh di taska berkenaan, setelah aduan dikemukakan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).


Menurut laporan media, penderaan itu dikesan apabila seorang bapa merakam perbuatan wanita itu menerusi kamera yang disembunyikan di dalam beg anaknya.- Bernama


***********************************************************************
Copy paste berita semalam dari Sinar Harian... Uollls dah baca belum?

Hangat balik citer di Taska...
Tak lama dulu rasanya ada juga citer anak meninggal di taska...

Why arrrr... ada kisah macam ni kat Malaysia?
Hmmmm...

Saya ada anak 5 orang dari umur dowang 2 bulan sampailah ke usia 6 tahun, memang saya hantar ke taska. Kecuali my Yana, yang saya berjaya menempatkan beliau di taska setelah beliau berusia 6 bulan. Kenapa saya pilih taska sebab taska yang saya pilih adalah di dalam kawasan persekitaran kerja saya. Majikan saya UIA telah menyediakan taska untuk anak kakitangan. Selain daripada subsidi yang diberikan majikan, faktor jarak yang sangat dekat dan mudah untuk saya membuat pemantauan dari masa ke semasa menjadikan taska berdekatan dengan tempat kerja menjadi pilihan.

Saya masih ingat ketika saya terpaksa menghantar my Yana ke rumah orang (flat yang paling hampir dengan kawasan kerja). Disebabkan tiada pilihan ketika itu, saya terpaksa menghantar my Yana ke situ. Kakak yang menjaga Yana dari ghupa luaran memang saya nampak sangat baik. Apatah lagi beliau mempunyai 3 orang anak yang sudah bersekolah rendah. So, bagi saya kehadiran my Yana di situ menambah keceriaan dalam keluarga beliau yang nampaknya memang begitu suka dengan "adik baru".

Cuma bila saya tanya "berapa anak/bayi yang dijaga?". Kakak tu menjawab hanya 3 orang sahaja. Yang salah seorang anak yang dijaga umur seusia my Yana. Cuma kakak kat situ ada meletakkan syarat "tidak dibenarkan datang ke rumah beliau tanpa temujanji terlebih dahulu". Contohnya katalah saya nak datang amik my Yana waktu tengahari, saya kena call kakak tu dulu. Pelik, tapi pemikiran saya pada masa itu mungkin juga sebab nak menjaga privasi kakak dan famili. Ok, fine.

So setiap minggu saya kena sediakan satu botol besar mandian/syampu, pampers sepeket besar dan setin susu. Setiap minggu habis. Saya malas nak berkira sangat walaupun dalam hati berkata. Iskkkk macam saya menghantar anak kembar untuk dijaga. Saya memang sangat menjaga hati kakak tu demi kerana mengharapkan kakak tu dapat menjaga anak saya dengan baik. 

So, satu hari mak saya tiba-tiba teringin nak main ngan my Yana (kebetulan ketika hari itu, beliau bercuti). Mak saya pergilah menerjah umah kakak tersebut. Terkejut betul mak saya, ketika sampai di rumah kakak yang menjaga my Yana. Dengan pintu rumah yang tidak di tutup hanya ada anak kakak yang berusia 10 tahun sahaja di rumah. Dan paling mengejutkan mak saya, bukan 2-3 orang anak yang dijaga bahkan hampir 8 orang anak ada di dalam rumah flat 2 bilik itu. Yang berusia dari bayi sampailah ke usia sekolah rendah diletakkan di sebuah bilik yang sangat kecil.

Mak saya tunggu kakak tu balik (katanya ke kedai sekejap), itupun dekat 15 minit jugaklah. Mak amik my Yana bawa balik dan komplen kat saya perkara tersebut. Saya diamkan lagi. Nak dipendekkan citer 3 hari lepas tu saya pulak menerjah umah kakak tu dalam pukul 4 petang. Biasanya saya datang kul 6 petang. Masa saya sampai, hanya suami kakak tersebut di ruang tamu sambil membaca suratkhabar.

Yang buat saya terkejut beruk (even beruk pun tak terkejut macam saya time tu). Ada anak kecik rasanya dalam 6 bulan plus plus... duk sedap meniarap (lepas merangkak kot) duk mengonggoi (menghisap) ibu jari suami kakak tersebut. Samada dalam keadaan sedar atau tak suami kakak tu ataupun "inikah cara beliau bermain dengan nak kecil?" saya pun tak tahu, memang sangat kompius melihat situasi tersebut. Tapi sebagai seorang ibu, saya katakan "ianya kurang hajor!". 

Kakak tu terperasan saya muncul kat depan pintu (beliau datang dari dapur) tapi somi die duk tak terperasan lagi. Kakak tu terus amik bayi yang duk menghisap dan datang kat arah saya. Perkataan pertama yang keluar dari mulut kakak tu "Ni anak orang Indon, mak die ni selalu balik lewat". Apa kejadah nak stresskan sangat perkataan indon kat situ, ai pun tak sure. Anak indon ke anak bangla ke yang ko pegang anak manusia bukannya patung baby alive...

Esoknya... saya terus pergi taska kat tempat opis saya. Siap menangis (ala buat drama Korea, buahaha) kat situ. Jumpa ngan Kak Fouziah manager taska tersebut. Tanya balik tentang permohonan saya. Atas nama saya rasanya ada 2 bayi dalam waiting list. Kak Fauziah check yang baby tu semua kondisi. Ok, samada mak cik terdekat dowang jaga dll.(kiranya tak masuk urgent pun takpe). Terus Kak Fauziah masukkan anak saya dalam senarai pengambilan baru. Ni ala2 potong barisan. Siyes tak sanggup saya nak hantar kat umah kakak tersebut lagik.

Start dari kejadian tu, saya start mengoogle kat internet tentang syarat yang diletakkan oleh JKM kepada pihak pengusaha taska, rumah jagaan dan lain-lain. Kalau ikutkan setiap lingkungan umur untuk 5 kanak-kanak perlu ada1 pengasuh (5:1). Keluasan ruang juga ada diletakkan syarat. Tidak dibenarkan kanak-kanak tidur berbuai. Tapi jenis rocking chair yang rendah takpe (bassinet erkk yang orag panggil tu). Dan kalau ikut pemakanan juga ada syarat nya (ini bagi taska yang ada pakej makanan). Dia ada jenis makanan untuk usia sekian2, makanan jenis apa yang dibenarkan.

Cam taska saya ada juga ibubapa yang tidak puas hati. Tapi bagi saya kebanyakannya masalah terpencil. Nobody perfect. Yang bagusnya, sebab kitaorang dibenarkan breastfeed kat situ, so mana2 ibu yang datang kat taska kalau nampak ada anak kawan yang macam asyik kena tegur dengan cikgu takpun anak rakan tu memang jenis hyper. Memang berpesan2 sampai ke telinga mak budak tersebut.

Antara lain, kitaorang kat sini memang sentiasa membina hubungan yang baik dengan cikgu/penjaga anak. Macam saya yang dah hantar anak kat taska sejak tahun 2002 sampailah sekarang (kes tak berhenti beranak, hahah) dah paham sangat peel cikgu kat situ. Contoh, macam Kak Mah dan Kak Yah dowang ni usia cam 40-an kena jaga bayi 2 bulan sampai 8 bulan. Memang sangat cekap dowang kerja. Dan saya tengok bilik bayi tu sentiasa ada orang tak pernahlah ditinggalkan anak2 itu tidur sorang2. Bagi susu pun dalam keadaan meriba bayi tu, bukannya main sumbat kendian tinggal.

Kiranya saya bernasib baik sebab majikan saya menyediakan taska untuk penjagaan anak kakitangan. Setiap kali kita pergi dan balik  kerja memang anak bersama kita. Peluang menjenguk anak dan menyusukan anak pun dibenarkan. Boleh pantau anak jika tiba2 anak diserang demam panas dan lain-lain.

Memikirkan untuk tinggalkan anak di taska atau jagaan orang lain sebenarnya memang berisiko. Ada orang memang jenis suka dengan budak-budak. Layan budak dengan mesra. Ada orang memang takde pilihan, sebab nak cari makan kena kerja so pilihan ketika itu adalah kerja menjaga budak. Saya yang anak 5 pun bila kena menjaga seharian, adakalanya memang sakit kepala. Memang berangin jer. Ni jaga anak sendiri jaaa... dah stress...

Cuma bagi saya kalau kita ni memang jenis sabar, suka kanak-kanak bolehlah kerja yang berhadapan dengan kanak-kanak. Kalau rasanya ada sifat baran, mudah sakit kepala cariklah kerja yang tak berjumpa dengan manusia sangat. Karang2 kita yang stress anak yang dijaga jadi mangsa. Betul idok?


Comments

anak Wan Salleh said…
i rase macam UIA taska tu beza Ayu.. itu memang dah terlatih dan dikelola oleh pihak U.. so of cos lain dan teratur. yang jadi masalah ni taska oleh orang persendirian yang kite tak tau whether pemiliknya suke budak2 ke ataupun saje nak buat bisnes dan yang tu lah jadi masalahnya.. pendek kate, memang kalau ada orang jagekan anak kecik memang kene selalu buat spotcheck
Liz said…
wah kak, kita mengupas isu yang sama hari ni. betul tu kak. sedangkan kita pun boleh hangin dengan anak sendiri. apatah lagi pengasuh. tapi tu la, pengasuh ni biarlah yang jenis sabar. kalau tak sabar dan keje semata-mata sebab nak duit, tu la jadinya. sampai dipukul ditengkingnya budak.
Ezna said…
Kesian bayi tu sesilap anak orang kita katanya orang Indon. Ewww takkan suami dia tak pasan ada bayi hisap ibu jari. Gelinya....

Hantar rumah orang pun payah jugak. Ehmmm...
Mama Zharfan said…
syukur sbb uia menyediakan taska utk staff :)
Mommy ZaraZarif said…
xbrani nkckp kak psl taska ni..mcm sheeda aritu, MIL xsehat, so nkanta ank taska...sbb ade kawan anta anak kt situ..so mcm legalah ade geng + msti tmpt tu ok..

sheeda pon pgilah tgk, teres dua tingkat, dlm tu ade 50 budak2, dari baby sampailah Std 6 cmtu..ala2 ade transit jugak...

tkjut beruk *nkjugak, bygkan 50 org budak2, yg tukang jga 3 orang je..ya allah, xsmpai hati nktinggalkan anak kt situ...

tp yg kes tgh top skrg ni, rse nklempang pengasuh tu..klau dpt kt kita, elok ditampar2 die balik