AYUH SERTAI CABARAN DIGI UNTUK PERUBAHAN


Cabaran DIGI kembali lagi tahun ini dengan lebih mencabar bersama pelbagai hadiah lumayan yang ditawarkan. Kali ini DIGI memperkenalkan kategori baru yang terbuka untuk semua terutama dalam menghasilkan idea-idea yang lebih kreatif dalam pembangunan aplikasi “mobile”.
Ini diperakui oleh Christian Thrane sendiri selaku Ketua Pegawai DIGI Strategi dan Korporat yang menyatakan cabaran DIGI ini telah diperluaskan skopnya dalam memperluaskan penggunaan internet dalam aplikasi mobile. Sesuai penggunaan internet untuk semua, penglibatan orang awam bersama-sama menyumbangkan idea sekaligus dapat membantu komuniti pembangunan mobile tempatan dan industri berkaitan bersama-sama membina relevan pengisian mobile.


*Cabaran DIGIFC Malaysia terdapat 4 kategori:-
·         Pembelajaran dan Pendidikan
·         Kesihatan dan Kesejahteraan
·         Penerokaan Budaya
·         “Connected Citizens”-àkategori baru diperkenalkan

Bagi memaksima kualiti dan  potensi dalam setiap idea yang dilontarkan, DIGI telah memperkenalkan 2 acara yang menjadi sebahagian daripada program:-
·         #IDEAJAM – “idea hackathon”
·         #HACK!@DIGIFC – “mobile app hackathon”

Acara ini membolehkan para peserta mengenal pasti/dapat merealisasikan  idea apps yang disumbangkan dengan sokongan input daripada pakar-padar dalam industri mobile,

Oh ya untuk pengetahuan semua cabaran ini adalah terbuka untuk smeua rakyat Malaysia yang berumur dari 12 tahun dan ke atas.

Terdapat 2 peringkat cabaran:-

Ideatian Challenge (daripada 27 November 2013 sehingga 18 January 2014)
Dalam tempoh ini membolehkan orang awam yang ingin menyertai untuk menghantar idea mereka di www.digicfc.my mengikut kategori yang telah ditetapkan*.

Saya log in ikut FB..Mudah sikit J


Daftar maklumat diri uolls…



Kemudian lontarkan idea apps bernas uolls di sini..

Croll bawah nampak butang “SUBMIT”

Tadaaaaaaaaa..kalau terpilih pihak DIGI akan menghubungi..yeayyy!!!


Pada peringkat ini juga akan ada beberapa siri bengkel yang diadakan di universiti/kolej terplih.  20 penyumbang idea yang terpilih akan menyertai acara #IDEAJAM selama 2 hari “idea hackhaton” bersama-sama pakar idnustri untuk mendapat lebih banyak input dan mendapat gambaran lebih jelas tentang idea aplikasi yang ingin dibangunkan.

Dari sini 4 idea terbaik akan terpilih dan akan dibangunkan dalam apilasi mobile pada peringkat seterusnya.

APP DEVELOPMENT CHALLENGE (26 Januari 2014- sehingga 24 April 2014)
Pada peringkat ini pembangunan aplikasi mobile dari 4 idea terbaik dimulakan. Untuk merealisasikannya “developer” akan dijemput untuk terlibat dalam HACK!@DIGIFC, selama 36 jam tanpa henti –di hujung minggu “mobile app hackathon”.

Setiap aplikasi boleh dimuat turunkan diguna oleh orang awam. Aplikasi paling popular dan mendapat perhatian akan dinobatkan sebagai pemenang. Dan pihak DIGI sendiri akan menyokong dari segi membantu untuk mempromosikan aplikasi yang dipertandingkan kepada pengguna-penggua telco mereka.

Paling menarik, hadiah yang ditawarkan sangat menarik dan lumayan…
·         RM5,000 dan telefon pintar untuk finalis idea (top 4)
·         RM25,000 untuk pemenang setiap kategori apps
·         RM25,000 idea keseluruhan terbaik “DIGI INNOVATIAN AWARD”
·         “TELENOR GROUP AWARD” untuk developer/pasukan terbaik
·         Promosi berterusan “on-the-go market” yang akan disokong oleh pihak DIGI

Bestkannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn………

So, uollls apa lagi…apa kata kongsikan idea-idea kalian yang best-best itu di www.digicfc.my . Mana tahu ianya menarik pihak minat pihak juri sekaligus dapat berkongsi di platform yang terbaik di industri apps mobile.

Untuk keterangan lanjut dan mengambil bahagian, boleh layari di www.digicfc.my



psssT: Tengok idea-idea cabaran tahun lepas not bad uools. Ada My Tradisi (appliaski permainan tradisional), ada greeting cards apps (ni pemenang keseluruhan), social blood drive app dan banyak lagi yang menarik!

AYUH SERTAI CABARAN DIGI UNTUK PERUBAHAN Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 13, 2014 Rating: 5

3 comments:

  1. kak lily boleh jer...terbuka utk semua

    ReplyDelete
  2. Thanks for your insight for your fantastic posting. I’m glad I have taken the time to see this. Start your own online business

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.