Wednesday, April 2, 2014

Hebat Betul ASTRO-Rukkk..

Masa saya baca berita tentang ni. Memang saya 101% percaya tentang keuntungan yang diperolehi oleh pihak Astro. Ini kerana 2 orang adik ipar saya + seorang adik roomate saya kerja dengan ASTRO. So, sedikit sebanyak citer tentang reward dan bonus memang sampai di telinga saya. Bagaimana hebatnya pihak ASTRO mereward staff cemerlang untuk pergi bercuti ke luar negara.  Begitu juga dengan jamuan tahunan yang hadiah yang lumayan diberikan kepada hampir ke semua staff yang menghadirinya. Namun apa yang saya pahamkan pembahagian bonus dan "reward teladan"ni bergantung kepada department masing2.

Satu masa dulu sebelum saya terminate ASTRO kerana berpindah rumah, saya dan suami pernah decide tak nak pasang ASTRO di rumah. Kami sanggup mengguna pelbagai jenis antena untuk mendapatkan siaran, tak kisahlah walaupun hanya dapat 3 saluran iaitu TV1, TV2 dan TV3. Malangnya memang susah giler nak dapat siaran dalam kualiti yang terbaik. Dan kami notis di kawasan tempat tinggal kami itu semuanya memasang ASTRO. Last2 kami akur kerana kami perlukan media elektronik seperti TV terutama untuk menonton berita semasa kami turut terjebak memasang ASTRO.

3 bulan pertama, OK lagi. Dan tiba2 dapat notis kenaikan harga servis ASTRO. Walaupun naik tak banyak, tapi kenaikan itu tetap ada. Cuma agak berang selepas kenaikan kami menghadapi banyak masalah dengan siaran. Kalau hujan kami paham, siaran pasti tergendala. Masalahnya selepas hujan berhenti lama, cuaca mendung siaran tetap tak ada dan saya dipahamkan ada kawan saya mengalami masalah tidak dapat siaran biarpun cuaca terang benderang.

Yang beshnya bila kita call servis center dier..Pehhhhh kena bersusun berkali untuk dihubungi. Sampai naik hangin jadinya. Tapi kita cuba pahamkan situasi sehinggalah masalah mampu diselesaikan walaupun bukan dalam masa yang singkat.

OK, saya guna ASTRO hampir 2 tahun. Then, saya nak berpindah. Saya call ASTRO nak minta terminatekan akaun ASTRO since kalau pindah rumah barupun saya belum rasa nak sambung pakai. Mula2 ada sesi dolak-dalih dari pihak sana tentang harga pkej yang yang ditawarkan. Sampaikan saya terpaksa explain yang saya akan masukkan ASTRO semula bila rumah baru siap untuk diduduki (sebab saya bercadang nak duduk kat umah mak dulu). Pihak sana pun OK, dan memberitahu saya bermuala sekian2 akaun ASTRO anda ditamatkan perkhidmatan. Dan pihak kami akan datang untuk turunkan piring hitam bla bla..Cukup seminggu orang teknikal ASTRO datang cabut piring hitam. Tiada caj dikenakan dan ada tawaran kalau nak sambungkan hanya hubungi balik pihak ASTRO, dan pemasangan adalah percuma.

Masalahnya 2 bulan depan lepas tu saya dapat bil. Lepas tu saya dapat panggilan agensi suruh saya membayar baki tertunggak. Saya clarify balik yang saya dah terminate. Dan saya dah buat semakan semua bayaran sudah langsai dibereskan. Pihak agensi minta maaf dan saya call pihak servis ASTRO. Saya maklumkan perkara ni. Semakan telah dibuat dan mereka meminta maaf. Dan bulan depannya saya dapat call lagi dari agensi untuk meminta penjelasan bil kali ni double pulak. Hangin saya, saya hubungi servis centre ASTRO balik. Dowang semak. Memang dah ada dalam rekod lebih 3 kali saya buat aduan tapi dowang lupa nak letak status kat situ (Apa keadah nama sistem tu, ai dah lupa dah) yang perkhidmatan ASTRO saya ditamatkan dan yang beshnya ada status yang bahagian sekian2 datang untuk turunkan piring hitam di rumah saya. See sakan saya sekolahkan orang yang rajin menelepon saya tu "uolls dah cabut piring hitam tu lebih 2 bulan, saya nak tengok rancangan ASTRO macam mana, nak suh letak kuali koh???"

Bulan depan selepas kejadian itu, saya dapat call lagi dari ASTRO tanya nak sambung balik tak ASTRO. Sebab status kat situ die tulis ala "pending what ever".....Terus saya sound direct yang menghubungi yang berkenaan.."Ada gak aku pergi bakar pusat servis ASTRO korunk ni kan....."

Dan sekarang saya dah pindah masuk umah baru dibeli...
Dan masih takde saluran TV ..
Biarpun ada 3 biji slim TV yang berfungsi...
Haishhhh.....

Tengah memikrin..
hip tv ke..
njoy ke...
takpun terus membantu meningkat ekonomi ASTRo lagi ke....

hmmm


4 comments:

Mama Zharfan said...

monopoli..of course untung juta2 or billion2..tak de choice sgt pun..unifi channel tak besh

Zuraida Rahim said...

Kami pakai basic jer sebab nak dapatkan siaran yang cantik..

Ezna said...

Unifi channel kalo citer hindustan latest jgk. Pastu i tgk siaran 611 ada citer charmed....pastu boring bukak astro pulak...

Sidratul Muntaha said...

recommmende hyptv
kami astro ni tak bayo bil 2 bulan
malas...
so far
lest show dgn rancangan rencana byk kayt hyptv tpi amik yg package la
yg basic mmg murah amat
tpi tv je la