Wednesday, April 9, 2014

Kempen Sarapan Pagi Secara Sihat Bersama F&N Seasons NutriSoy – Mudah dan Menyihatkan!

Sarapan pagi adalah penting untuk diambil setiap hari. Without fail ya! Ini kerana setiap aktiviti perlu dimulakan dengan keadaan badan yang bertenaga. Apatah lagi anak-anak yang sudah bersekolah. Mereka perlu mendapat khasiat secukupnya sebelum memulakan aktiviti-aktiviti seharian mereka.

Dan saya, tipikal ibu yang berkerjaya dan sentiasa sibuk dengan urusan kerja, namun masih berkeinginan untuk melihat anak-anak saya bersarapan dengan makanan berkhasiat setiap hari.  Diperkenalkan dengan sarapan bersama F&N Seasons NutriSoy, memberikan saya pelbagai alternatif menyediakan sarapan versatil yang mudah disediakan, enak dan paling penting memang berkhasiat.

Untuk pengetahuan para ibu di luar sana… ahem ahem…

F&N Seasons NutriSoy mengandungi pelbagai khasiat seperti:-
i.                     Sumber protein yang baik untuk tubuh badan kita J
ii.                   Tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
iii.                  Rendah lemak (bagus untuk diet ni)
iv.                 Tidak ada bahan pengawet, pewarna dan perasa (phewww!!)
v.                   Paling best, protein Soya F&N Seasons NutriSoy boleh membantu mengurangkan kolestrol

Kesimpulannya, ibu-ibu prihatin pasti sedar yang  #NutriSoyMY #BreakfastLove adalah sarapan yang ideal melengkapkan keperluan nutrisi keluarga setiap hari!
Jemputan dari F&N Seasons NutriSoy untuk mempelajari pelbagai resepi mudah dalam menyediakan sarapan yang berkhasiat tidak saya lepaskan. Bertempat di Cooking House Hartamas bermula seawal 10 pagi, saya bersama beberapa blogger terpilih begitu “excited” untuk memulakan kelas masakan bersama Chef Kennenth yang didatangkan khas oleh pihak #NutriSoyMY J

Jom uolls… lihat resepi #BreakfastLove yang dipelajari pada hari tersebut;
Check it out ~_~

Resepi 1:  Mufin pisang dan walnut bersama coklat buatan sendiri
Bahan-bahan:
250g tepung gandum
1 + 1/4 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil serbuk soda
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
50g gula
50g gula perang
110g telur (2 telur)
200g mentega (dicairkan)
460g pisang (dilenyekkan)
Segenggam walnut (dicincangkan)
200g coklat (dark chocolate) dicairkan
Ibu-ibu yang gigih menyediakan mufin pisang bersama-sama bahan yang diperlukan...

Kaedah:
1. Panaskan ketuhar sehingga 180°C.
2. Campurkan tepung gandum, gula, serbuk penaik, serbuk soda dan sedikit garam dalam satu mangkuk besar.
3. Dalam mangkuk yang sederhana, campurkan pisang yang dilenyek bersama dengan telur, mentega cair dan serbuk kayu manis. Campurkan bahan basah (pisang) dengan bahan-bahan kering sampai campuran jadi pekat. (Jangan campur adunan dengan terlalu banyak supaya adunan tidak terlalu keras. Adunan yang terlalu banyak bercampur akan menyebabkan mufin keras dan kenyal.)
Kacang walnut boleh juga ditukarkan dengan kekacang yang lain ikut kesukaan. Contohnya kacang almond, buah kuaci, kacang tanah dan sebagainya.
4. Masukkan adunan mufin ke dalam acuan mufin dan taburkan sedikit walnut di atasnya.
5. Letakkan sedikit coklat cair atas aduan.
Psst… kita orang tabur kacang walnut jer…
Model bersama mufin pisang sebelum dimasak... ecececcece

6. Bakar mufin dalam ketuhar yang dipanaskan selama 25 minit ataupun sampai masak.
Tadaaaaa!!!!!!!!!!!!

Resepi 2: Pankek F&N Seasons NutriSoy buatan sendiri bersama pisang dan buah badam
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil garam
1 cawan minyak biji anggur
2 cawan F&N Seasons NutriSoy
2 sudu kecil esen vanila
3 pisang, dihiris
1/2 cawan kepingan buah badam (dibakarkan)
Sirap maple

Kaedah:
1. Tapis tepung gandum, campurkan gula, serbuk penaik dan garam dalam mangkuk besar.
2. Dalam mangkuk yang lain, kacaukan minyak biji anggur, F&N Seasons NutriSoy dan esen vanilla sampai campuran menjadi sebati.
3. Panaskan kuali (non-stick pan) dengan api yang sederhana tinggi.
4. Tuangkan 1/3 cawan adunan di tengah-tengah kuali. Masak sehingga tepi pankek kelihatan kering dan gelembung udara mula membentuk berhampiran dengan tengah penkek.
5. Balikkan dan masak sisi lain sehingga keemasan.
6. Keluarkan dari kuali dan letakkan di atas pinggan hidangan.
7. Ulangi sehingga baki adunan dihabiskan.
8. Hidangkan pankek panas-panas bersama dengan kepingan pisang, buah badam bakar dan sirap mapel.

Resepi 3: Omelet cendawan dengan tomato panggang
Bahan-bahan:

Cendawan
150g cendawan, dicincang atau dihiris
1 sudu besar minyak
2 sudu besar mentega
Sedikit garam dan lada hitam dikisar (secukup rasa)
Sedikit pasli kering (secukup rasa)

Omelet
2 sudu besar mentega
4 telur, dipukul ringan
Sedikit garam dan lada hitam dikisar (secukup rasa)

Tomato
4 tomato, dipotong separuh
1 sudu besar minyak zaitun
Sedikit garam dan lada hitam dikisar (secukup rasa)

Kaedah:
1. Panaskan ketuhar sehingga 180°C
2. Letakkan tomato di atas dulang pembakar, taburkan minyak zaitun, garam dan lada hitam. Membakar tomato di dalam ketuhar.
*kitaorang panggang jer… ok gak J

3. Panaskan minyak dan mentega dalam kuali sehingga mentege berbuih. Tambahkan cendawan dan taburkan pasli kering, garam dan lada hitam. Tumis kira-kira 4-5 minit sehingga cendawan cukup masak. Pindahkan dari api dan letak sebelah.
4. Panaskan mentega dalam kuali lain. Apabila mentega panas, tambahkan telur dan masak untuk kira-kira 2 minit.
5. Letakkan cendawan di tengah-tengah omelette.
6. Masak selama beberapa minit, lipat omelet dengan cendawan di tengah-tengah dan masak untuk 2 minit lagi.
7. Letakkan omelet atas pinggan hidangan perlahan-lahan. Keluarkan tomato dari ketuhar, letakkan bersama omelet dan sedikit lebihan cendawan. Taburkan sedikit garam dan lada hitam di atasnya.

Resepi 4 : Balutan sarapan mil penuh dengan sayur-sayuran dan ayam panggang
Bahan-bahan:
2 keping dada ayam
*Saya ada belajar teknik memotong ayam. Kalau nak masak secara cepat. Ataupun ayam yang hendak disumbat dengan bahan-bahan penyerapan. Dan beberapa bahan yang sesuai untuk jenis pemanggangan. Contohnya kalau kita hendak panggang ayam dengan madu, suhu tidak boleh terlalu kuat dan lama. Begitu juga dengan sos yang mempunyai rasa manis seperti oyster sauce, perlu memilih suhu yang sederhana atau lebih rendah.

Sedikit garam (secukup rasa)
Sedikit lada (secukup rasa)
1/2 sudu kecil sos Lea & Perrins
1/2 paket daun salad campuran
4 keping tortilla mil penuh

Sos salad mustard madu
2 sudu besar madu
1 sudu besar Dijon mustard
1 sudu besar jus lemon
1 cawan mayonis
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam (secukup rasa)
Sedikit lada hitam (secukup rasa)

Kaedah:
1. Perap dada ayam dengan garam, lada hitam dan sos Lea & Perrins.
2. Letakkan ayam dalam kuali panggang dan panggang sehingga kedua-dua belah masak (kira-kira 6-8 minit setiap belah). Kemudian ayam dipotong kepada kepingan.
3. Untuk sos salad, campurkan bahan-bahan dalam mangkuk dan pukul sehingga bersebati.
4. Letakkan sekeping tortilla di atas pinggan yang bersih, sapu 1 sudu besar sos salad pada bahagian bawah tortilla. Letakkan 1/4 kepingan dada ayam dan diikuti dengan beberapa daun salad campuran. Taburkan sedikit lagi sos salad mustard madu di atasnya dan gulung. Teruskan langkah ini dengan tortilla selebihnya. Hidangkan serta-merta.
See... mudah, kan?
F&N Seasons NutriSoy juga enak dimakan bersama bijirin seperti “cornflakes”, muesli serta kekacang dan buah-buahan seperti pisang dan strawberry. Ianya sangat mudah disediakan dan rasanya tetap enak dan mengenyangkan.
Semangkuk bijirin di atas bersama F&N Seasons  Nutrisoy memberi keperluan tenaga secukupnya sebelum pengambilan makanan tengahari. Bermula dengan pemakanan setiap hari menjadikan kehidupan seharian kita kekal aktif, cergas dan bertenaga.
Happy moms with chef!

Pastinya #BreakfastLove bersama #NutriSoyMY menjadikan kita ibu begitu istimewa dan prihatin kepada keluarga tercinta.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk F&N Seasons NutriSoy boleh layari and LIKE Facebook F&N NutriSoy di www.facebook.com/NutriSoyMY

5 comments:

anak Wan Salleh said...

Dalam banyak-banyak i suke tengok pancake, nampak gebu dan sedap macam tu

anak Wan Salleh said...

Dalam banyak-banyak i suke tengok pancake, nampak gebu dan sedap macam tu

lina said...

Event yang best. I pun seronok belajar hari tu.

Though sayang x dpt berkenal mesra dgn semua org :-)

mama darwisy said...

Wahh..bestnya.. byk resepi nie..nnti boleh cuba one by one! :)


http://ourlovebonding.blogspot.com/2014/04/menu-sarapan-pagi-untuk-diet.html

Dina bagbeautybaby said...

huhuhh seriousnya muka i buat pancakes hehe..it was nice to mee you =)