Friday, May 2, 2014

Penyampaian Hadiah di PWTC, Tq Galeri Ilmu!

Saya ada join contest ni. Kalau tak silap ianya mengenai sirah Nabi Muhammad SAW dan juga slogan. Dengan hanya mempertaruhkan satu entri nama cik somi, saya mencuba nasib. Sebabnya setiap entri kena sertakan pembelian buku tersebut. Tapi siyeslah saya sangat sukakan kandungan buku yang dibeli. Kiranya kalau tak menang pun, pelaburan mengenai ilmu2 sirah tu boleh dikongsi bersama anak dan somi :) dah berbaloi2 dah...

Ok...sudah melalut sesangat ni, hahahha
So, cik somi dipanggil untuk menghadiri sesi penyampaian hadiah pada 1 hb May 2014. Gamaknya setiap kali Hari Buruh mana ader laki den dapat cuti. Time tulah projek shut down kilang gula, yang mana segala mak nenek boiler baru dan servis kena bermula. Secara otomatiknya sayalah pengganti beliau untuk menghadiri... kan... saper lagi tukang isi borang peraduan ler...

Majlis bermula pukul 10 pagi, kena daftar diri kul 9.30 pagi. Saya tiba di lokasi pukul 10 pagi tapi depan PWTC... jammed............. giler.................... parking dari kul 9 lebih sudah full. Stress duk beratur dengan keta2 lain dalam jammed. Mujurlah Dato' yang nak kena rasmikan tu sama2 terlibat dalam jammed.... Hahahahaha. So majlis memang bermula agak lewat dari yang dirancangkan.
 Sebelum sesi penyampaian, ada sesi perasmian buku-buku baru terbitan Galeri Ilmu...
Penyampaian hadiah..gambar dari bangku belakang. Ni My Yana spesis malas nak bergerak seinchi...just tembak jer dari tempat duduk...huhu
Bersama pemenang2 utama yang lain...
GP rasanya nama dier Fauzi (wa lupa dah)---tapi bila MC tu bacakan slogan yang dipertaruhkan oleh beliau...Memang saya kagum sekali dengan penggunaan tatabahasa dan istilah islamik yang digunakan. Saya takder salin slogan tu ya...Sah2, GP winner tu duk sebelah saya jer, hahahahahah... Dan tempat kedua dimenangi oleh kakak KM (kawan comper saya juga)....
Hadiahnya,..................
Saya suka sangat dapat buku dan majalah terkini keluaran Galeri Ilmu....
Dan voucher dari Golden Malaysia Airlines... :)

psssssst: tahun ni saja dah 2 kali ai pergi Pesta Buku..gi amik hadiah....tapi tak dan nak pergi ngan supplier buku, kalau tak leh collect buku rujukan free :p

4 comments:

Ezna said...

i beli 1 buku galeri ilmu tapi frust sebab siap ada 1 buku kecik untuk pembetulan. Pembacaan tak smooth. Kena refer pembetulan. Banyak pulak tu.... :-( Edisi Istimewa Haji & Umrah oleh Dato Hj Daud Che Ngah...BANYAK SANGAT pembetulan!!!

Mama Zharfan said...

Congrats!! Byk u menang hadiah travel thn ni ;)

AyuArjuna BiGoshh said...

ezzz... ai teruk sgt die ada buku pembetulan..kenapa tak buat proof reading betul2 eh...

mohd khairul manaf said...

wahhhhh sangat hebats.... saya amat kagum.... dr 20ribu entry.. layak top3... heheheh sekalung TAHNIAH.